Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok “bunga”

Oleh Admin

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok “bunga” kedai tayar kedai tayar near me tayar tayar kereta lim tayar tayar michelin alignment tayar [/bg_collapse]

 

Antara info asas yang perlu diketahui bila memiliki dan memandu kenderaan sendiri adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Selalu bila ditanya bagaimana tentukan perkara ini, ramai yang kata tengok ‘bunga’ pada tayar.

Tapi betul ke begini? Sebenarnya untuk tentukan tayar kereta kita boleh dipakai lagi ataupun sebaliknya adalah dengan lihat jalur bukannya ‘bunga’.

Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok "bunga".

Cara mengenal tayar botak

Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok "bunga".

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu.

Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu.

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

1. Tayar botak

Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok "bunga".

Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.

2. Ni pun tayar botak

Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok "bunga".

Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.

3. Tayar belum botak

Ini cara sebenar periksa tayar botak atau tidak, bukan tengok "bunga".
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.

4. Tayar hampir botak


Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul.

Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

5. Tayar baharu


Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah.
Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

Tonton:

Berita Lain:

6 tahun buaya ini tersekat tayar di leher, ini kesudahan yang berlaku

Tular buaya hidup dengan tayar motosikal terlekat di kepala sejak 2016

Hanya sebab anaknya autism, keluarga Adam dihalau keluar dari rumah sewa, ini luahan bapa…