Ini cara simpan pisang agar tahan lebih lama, 5 hari pun ok lagi

Ini cara simpan pisang agar tahan lebih lama, 5 hari pun ok lagi. Berbanding buah lain, pisang sememangnya paling tidak tahan lama apabila masak. Terlambat makan, pisang boleh jadi lembik dan tidak segar. Macam mana cara nak simpan pisang lebih lama?

Perkongsian pengguna Tik Tok, @senz.malaysia ini anda kena cuba.

Cara simpan pisang tahan lama dan segar. Boleh bertahan sampai lima hari.

Tanggalkan pisang dari tangkainya satu persatu.

Guna plastik wrap untuk membungkus pisang.

Ini cara simpan pisang agar tahan lebih lama, 5 hari pun ok lagi

Bungkus pada tangkai bahagian atas pisang. Pastikan ditutup ketat.

Tekan-tekan dahulu untuk buang udaranya.

Siap!

Mudah kan? Dalam tempoh lima hari, pisang masih segar dan tidak lembik.

Jom cuba!

BACA: Kenapa bas sekolah tak cat warna merah? Kenapa mesti kuning?