Ini cara tukar kad ATM Maybank di kiosk, terus dapat dan siap boleh pilih. Kad debit bank memang sangat penting. Bukan apa bila nak guna tak perasan dah sampai tarikh luput, tak boleh menunaikan sebarang transaksi pula.
Penukaran kad debit ini boleh dilakukan secara ‘online’ mahupun datang sahaja ke cawangan Maybank berdekatan atau kiosk di lokasi yang terpilih.
Namun demikian, bukan semua orang faham dan yakin nak buat penukaran kad debit secara online. Jika nak guna cepat, boleh terus dapat kad, boleh cuba cara mudah, terus sahaja ke kiosk penukarankan kad debit di lokasi yang terpilih.
Begini caranya;
1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai Kiosk Kad Debit (rujuk senarai di bawah).
2. Pergi ke Kiosk di bahagian ATM bank dan pilih Bahasa.
3. Masukkan kad debit yang ingin ditukar dan masukkan no. pin.
4. Pilih jenis / corak kad baharu yang diinginkan.
5. Letakkan Kad Pengenalan (MyKad) ke dalam mesin. Selepas itu imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin).
6. Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.
7. Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.
Siap! Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
BACA:
Aksi ‘komando’ adik ini turun van sekolah buat ramai pecah perut
Ini cara simpan pisang agar tahan lebih lama, 5 hari pun ok lagi
Tiada lagi rahsia… Ustaz Kazim tunjuk kesan penyakit pada tubuhnya