Ini gila, habis semua dia telan, penemuan Harimau Gergasi mengemparkan

Spesies harimau terbesar di dunia, iaitu harimau Amur, dikatakan telah menyerang dan membunuh penduduk serta haiwan peliharaan di Russia, mengikut laporan akhbar The Sun yang dikeluarkan semalam.

Menurut berita tersebut, seorang lelaki dan anjing kesayangannya menjadi mangsa harimau Amur dalam kejadian yang menakutkan di rantau Timur Jauh, Russia. Rakaman dari sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan beberapa anjing pengawal diserang oleh harimau Amur.

Kejadian ini berlaku setelah Presiden Vladimir Putin melancarkan kempen pemuliharaan harimau Amur di habitat semula jadinya di timur Russia.

Ini gila, habis semua dia telan, penemuan Harimau Gergasi mengemparkan

Walaupun spesies harimau Amur dilaporkan terancam di Russia, namun populasi mereka dilaporkan semakin berkembang sejak pelaksanaan kempen oleh Putin.

Kini, dianggarkan lebih daripada 750 harimau Amur hidup di habitat liar, dan haiwan ini telah memasuki kawasan bandar dan kampung, turut menyerang penduduk tempatan.

“Lonjakan kes serangan ini disebabkan oleh kemusnahan habitat harimau Amur akibat pembalakan, pemburuan berlebihan, dan demam babi Afrika yang mengancam populasi babi hutan, makanan kesukaan harimau,” kata ahli zoologi Russia, Sergei Kolchin.

Baca Juga : Ubi Keladi pun dia nak curi, berlari sampai tertinggal motorsikal