Bermula dengan melihat adik mandi dan menukar pakaian, seorang abang hilang kewarasan sehingga sanggup memperkosa adik kandung sendiri hingga hamil.
Kejadian yang berlaku di Bengkulu Indonesia itu menyebabkan mangsa keguguran dua kali dan hanya seorang bayi ‘survived’.
Pada tahun 2022, mangsa melahirkan seorang bayi lelaki yang kini berusia dua tahun. Memetik laporan Tribun News, perbuatan hina ini dilakukan selama tiga tahun sejak 2021 ketika mangsa berusia 14 tahun.
Pegawai Kementerian Hal Ehwal Sosial, Diana Ekawati, berkata rumah yang dihuni mereka sekeluarga hanya mempunyai satu bilik. Di bilik itulah, mereka sekeluarga tidur dan menukar pakaian.
Hingga pada suatu hari, mangsa baru selesai mandi dan nak tukar pakaian. Abang yang berada di dalam bilik tiba-tiba menyerangnya dari belakang dan mengugut mahu bunuh jika melawan.
Ibu bapa mereka dipercayai mengetahui perbuatan itu selepas mangsa gugur kali pertama. Tetapi, perbuatan itu seakan-akan cuba ditutup daripada pengetahuan orang ramai.
Tidak insaf, si abang terus menerus merogol adik sehingga melahirkan anak dan hamil kali ketiga.
Perbuatan ini terbongkar selepas ibu menghantar anak perempuannya berjumpa bidan kerana sakit.
Bidan memberitahu anaknya mengalami keguguran tetapi si ibu tidak dapat menerimanya. Sampai kecoh satu kampung! Si abang kemudian ditahan polis dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bersalah.
Baca juga: Dulu jutawan terkenal, sekarang peniaga tepi jalan selepas muflis