‘Ini larian di kerajaan langit Ayah Pin ke?’

Larian 4×100 meter di Sekolah Kebangsaan Kampong Libang, Ranau, Sabah, mencuri perhatian orang ramai apabila acara tersebut dijalankan di padang yang berkabus tebal, seolah-olah dipenuhi awan, semasa acara sukan tahunan sekolah berkenaan.

Menurut kongsian yang tular di laman TikTok, rakaman tersebut menampilkan keindahan suasana berkabus semasa acara tersebut berlangsung di sekolah tersebut.

Dalam kapsyen, pihak yang berkongsi rakaman menyatakan, “Hanya di Ranau, berlari seperti di kerajaan atas langit.”

'Ini larian di kerajaan langit Ayah Pin ke?'

Komen-komen dalam ruangan tersebut menggambarkan kekaguman terhadap keindahan suasana berkabus di Sekolah Kebangsaan Kampong Libang, Ranau, Sabah.

Seorang pengguna TikTok dengan nama @bestBuddys berkata, “Kalau berkabus begini, baik saya lari balik rumah sahaja sambung tidur.”

Seorang lagi dengan nama Johan berkongsi pengalaman, “Ini masih boleh lagi. Pernah dulu kabus tebal satu meter ke hadapan sudah tidak nampak. Dengar bunyi tapak kaki kawan-kawan sahaja.”

Pengguna lain, Asrinah, menyatakan, “Ini hanya di Sabah.”

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian yang besar dengan 59,700 tanda suka dan 783,400 tontonan sejak dikongsikan.

Baca Juga : Mayat bayi baru lahir kena campak dalam parit, “merah lagi warnanya..”