Ini punca mahkamah hanya benar Najib tangguh perbicaraan hanya 1 hari

Ini punca mahkamah hanya benar Najib tangguh perbicaraan hanya 1 hari. Hari ni ramai ikuti kes NR di Mahkamah Persekutuan dengan penuh debar. Nak tahu boleh tak NR dapat bicara dalam bicara. Untuk masukkan bukti baru. Bukti untuk tunjukkan Hakim Nazlan, hakim yang putuskan kes dia dulu, ada konflik kepentingan. Kalau ada, kes dia boleh bicara semula.

Semalam, dua2 side dah berhujah. Isunya, adakah pihak NR boleh masuk bukti baru. Mahkamah kena buat keputusan dulu. Saya dah tulis dah apa hujah dua2 side semalam. Ada kat bawah tu. Boleh la pi baca sat. Jangan malas membaca nanti jadi walaun. Saya recap sikit dulu.

Hujah Peguambela ialah kalau tak masukkan bukti baru ni, Hakim akan dikira berat sebelah sesangat dan oleh itu kes patut dibicara semula. Ini kerana Hakim Nazlan secara tidak langsung terlibat dengan kes SRC, melalui loan Maybank yang diberikan kepada 1MDB. Ibu syarikat SRC. Dia pernah jadi peguam di Maybank.

Ini punca mahkamah hanya benar Najib tangguh perbicaraan hanya 1 hari

Yang Pendakwaraya kata bukti baru tu takde kaitan dengan kes. Semua dokumen yang NR nak bawak masuk juga sudah ada dengan TS Shafee, peguam NR terdahulu. Lagi satu, dia cakap kes mahkamah ni kena lah ada titik noktah. Kalau setiap kali nak hujung kes, satu side lagi masukkan bukti baru, bila nak habis nya?

Makanya hari ni Mahkamah putuskan, dia bersetuju dengan pihak pendakwaan. Tiada keperluan nak masukkan bukti baru tersebut. Makanya tidak perlu ada bicara dalam bicara, atau bicara semula. Boleh teruskan dengan rayuan sedia ada. Mahkamah akan dengar 94 alasan Najib, yang kata mahkamah sebelum iaitu Mahkamah Rayuan salah buat keputusan.

Mahkamah ni tuan/ puan, bila dia keputusan, bukan sebab dia lebih bias kepada Pendakwaraya atau main terima je ikut hujah petik bintang.

Dalam setiap keputusan, ada prinsip undang2 yang perlu diikuti. Iaitu keputusan dan prinsip kes2 terdahulu. Yang Mahkamah akan follow through dan ikut selalu.

Prinsip undang2 untuk masukkan bukti baru di peringkat rayuan ni perlu dirujuk kepada kes omputih ni: “R vs Parks”.

Dia kata kalau nak masukkan bukti baru, kita kena lepas test ni dulu.
(I) Bukti baru itu tidak boleh didapati/ dijumpai masa bicara awal
(II) Bukti baru itu kena ada kaitan dengan kes (relevan)
(III) Bukti itu mesti kredibel dan boleh dipercayai
(IV) Bukti itu juga kena terlalu penting, kalau dia ada masa bicara dulu, mungkin Mahkamah boleh ubah keputusan.

Selain daripada itu, dokumen/ saksi yang ada tu jugak kena bagitau dengan terang dan nyata, apa bendanya yang nak dibuktikan. Sebagaimana keputusan Kes Murugayah vs PP.

Makanya, dengan guna semua prinsip ini, Mahkamah kata bukti2 baru tu mmg dah dapat dulu, takde kena mengena pulak dengan kes yang ada. Dan sebab bukti nak masuk pakai cakap lisan saksi saja, takde keterangan yang nyata bagaimana bukti baru ini boleh merubah keputusan.

Makanya, Mahkamah merasakan tiada langsung ketidakadilan kepada NR. Dan beliau tidak lah dibolehkan masuk bukti baru. Simply because, dia tak cukup syarat2 itu.

Saya percaya, dari segi hujah undang2 ini sangat tepat dan adil. Saya tak rasa Mahkamah salah buat keputusan. Mana2 lawyer pun akan rasa sedemikian. Kecuali lawyer Najib la kot, mungkin dia rasa terkilan.

Best Mahkamah kali ini, kita terus dapat Keputusan Bertulis Mahkamah hari ni jugak. Mungkin nak elakkan dispin sana sini.

Oh ya, peguam Najib mintak postpone 3-4 bulan. Sebab banyak dokumen nak baca lagi. Lagi pun baru setahun gap selepas Mahkamah Rayuan buat keputusan.

Mahkamah kata, macam mana pulak tak bersedia, dah bagi notis awal lagi. Justice delayed is justice denied to others. Makanya, mereka benar postpone sehari saja. Khamis mula semula. Kali ni nak dengar rayuan asal NR, 94 alasan semuanya. Kita tengok akainya nanti macam mana.

Saya salute Mahkamah dengan work ethics mereka. Berita gembira untuk Malaysia.

Kredit FB Liyana Marzuki

BACA JUGA :

Gempar !!! Peguam ini dedah taktik Najib Razak tangguh masa ke Penjara Sg Buloh

Ini analogi mudah faham kes Kapal LCS

Kapal OPV Maritim Malaysia terima nasib yang sama seperti Kapal TLDM LCS?