Ini rahsia orang dulu elak biskut raya jadi lemau

KUIH atau biskut raya merupakan satu kemestian setiap kali tibanya lebaran.

Antara yang menjadi pilihan ramai adalah kuih batang buruk, sarang semut, tart nenas, semperit, biskut suji dan macam-macam lagi.

Untuk mengelakkan kuih raya mudah menjadi lemau, anda boleh mencuba tujuh petua ini.

Ini rahsia orang dulu elak biskut raya jadi lemau

Menurut Hanna Elyana, petua yang dikongsikannya menerusi Facebook itu merupakan amalan orang dulu-dulu untuk memastikan kuih raya dapat disimpan dalam tempoh lama.

1. Tepung dan gula untuk membuat kuih raya perlu dijemur terlebih dahulu. Dengan cara ini, kuih atau biskut raya akan menjadi lebih ringan. Selain jemur, tepung boleh disangai di dalam kuali sebelum digunakan.

Pn Faridah and children preparing cookies for Raya in Petaling Jaya, Selangor . — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Kuih raya perlu disimpan dengan cara yang betul untuk mengekalkan kualitinya. -Gambar hiasan

2. Selepas kuih raya dikeluarkan daripada ketuhar, jangan terus simpan di dalam balang. Ini bagi mengelakkan wap panas terkumpul di dalam balang yang boleh menyebabkan biskut cepat menjadi lemau.

3. Setiap menu mempunyai bahan, adunan dan rasa yang berbeza. Sebaiknya, jangan campur kuih raya berlainan dalam satu bekas.

4. Untuk memastikan kuih raya kekal lama, simpan dalam bekas kedap udara. Pastikan balang itu tidak dibuka dengan kerap. Kuih raya akan menjadi lemai disebabkan udara yang masuk ke dalam bekas.

5. Selain itu, anda juga perlu memastikan balang atau bekas yang digunakan berada dalam keadaan kering sebelum diisi dengan kuih raya.

6. Anda juga boleh mengalas lapisan biskut di dalam bekas menggunakan kertas minyak. Ia bertujuan menyerap lebihan minyak dan memastikan biskut sentiasa kering.

7. Jika membuat biskut berasaskan kekacang, ia perlu dipanggang terlebih dahulu. Ini kerana kekacang yang tidak tidak dipanggang sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut akan menyebabkan biskut menjadi cepat lemau dan tengik.

Baca juga: Leka main telefon sampai leka sumbat anak dalam peti ais, dah lama baru sedar