Ini respon Nedim bila isterinya mengidam nak anak perempuan, teruja netizen… Pelakon jelita, Nora Danish memberi bayangan bakal menambah bilangan cahaya mata dan mengimpikan seorang anak perempuan.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di Instagram, Nora menyatakan hasratnya untuk memiliki anak perempuan. Lebih menghiburkan lagi apabila anak lelakinya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali sebagai NeyNey menyuruh Nora untuk ‘membeli’ adik perempuannya itu di aplikasi membeli-belah dalam talian.
Saya rasa saya nak anak perempuan. Ada sesiapa nak jual? Hehehe. NeyNey suruh beli adik perempuan dia kat Lazada.
Namun posting berkenaan tidak hanya ‘bertepuk sebelah tangan’ apabila suami kepada pelakon Puteri ini iaitu Nedim Nazri turut memberi reaksi mengenai perkara berkenaan dengan mengatakan bahawa dia akan berusaha memenuhi permintaan anak lelakinya itu.
Sabar kawan-kawan sabar jemaah netizen, InsyaAllah abang usahakan.
Lihat siaran ini di Instagram
Respon netizen
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terhibur dengan permintaan NeyNey. Malah ada juga di antara mereka turut mengatakan jika Nora mempunyai anak perempuan pasti comel dan cantik sepertinya.
Tonton:
Baca:
Tumpuan China kini ke arah Metaverse, cecah RM33 Billion nilai pasaran
Dulu pernah jadi ratu cantik, kini pemandu treler 44 tan
“Sebijik dengar suara macam Sudirman”, netizen tergamam dengar nyanyian anak muda ini