Ini respon Putera Dubai selepas kena cerai dengan isteri baru bersalin anak sulung

Tiada angin, tiada ribut, Puteri Dubai iaitu Sheikha Mahra, 30, tiba-tiba mengumumkan tentang keruntuhan rumah tangganya bersama suami, Sheikh Mana Al Maktoum, 30. Berita mengejutkan itu telah dimuat naik olehnya ke Instagram kira-kira 2 hari lalu dan perkara berkenaan cukup menjadi perhatian ramai.

Puteri Dubai Ceraikan Suami Melalui IG Selepas 2 Bulan Bersalin Anak Sulung

Sheikha Mahra lafaz cerai pada suami menerusi Instagram sebanyak 3 kali

Dalam hantaran pendek yang dibuat, Sheika Mahra telah menulis ayat “I divorce you“ (Saya ceraikan kamu) sebanyak 3 kali berturut-turut sebelum meminta suaminya untuk jaga diri selepas ini. Tiada pendedahan secara terperinci apakah punca di sebalik kemelut berkenaan, pihak suami juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut atau merespon kepada perkongsian Sheikha.

Puteri Dubai Ceraikan Suami Melalui IG Selepas 2 Bulan Bersalin Anak Sulung

Baru berkahwin tahun lalu & bersalin 2 bulan lepas

Apa yang lebih mengejutkan, usia perkahwinan mereka belum mencecah tempoh 2 tahun. Malahan, Sheika juga baru melahirkan anak sulung mereka sekitar 2 bulan lepas. Menerusi tinjauan lanjut, Sheikha Mahra telah memadamkan semua gambar dan video bersama Sheikh Mana Al Maktoum daripada ruangan Instagram.

Baca : Jambatan popular di China runtuh, ramai yang mati