Masyarakat umum mengetahui keberadaan sistem pembayaran elektronik Touch ‘n Go yang telah menjadi pilihan utama untuk membayar tol, pengangkutan awam, parkir, dan pelbagai perkhidmatan lain.
Namun, baru-baru ini, sebuah video yang viral di laman X telah menunjukkan seorang lelaki yang memiliki baki lebih daripada RM1,000 dalam kad Touch ‘n Go ketika membuat pembayaran di lorong tol.
Dalam video tersebut, lelaki yang sedang memandu kereta meminta rakannya untuk meramal berapa baki yang akan dipaparkan apabila dia menyentuh kad Touch ‘n Go.
“Entahlah, mungkin ada RM10, RM20, atau RM30 kot,” jawab rakannya.
Walau bagaimanapun, ketika kad Touch ‘n Go disentuh, rakannya terkejut apabila melihat jumlah RM1,102.36 dipaparkan.
“Woi, seribu ringgit ko top-up buat apa?” soal rakannya dengan heran.
Mengenai perkara ini, warga maya dalam ruangan komen turut mempersoalkan tujuan memiliki jumlah yang besar dalam kad Touch ‘n Go dan mengutarakan kebimbangan tentang risiko kehilangan kad atau kemungkinan nilai tersebut dicuri.
“Kalau tiba-tiba kad Touch ‘n Go hilang atau dicuri, siapa yang dapat untung. Bolehlah berjalan percuma ke seluruh Malaysia,” komen seorang warga maya.
“Dahlah separuh daripada gaji bulanan aku dalam kad Touch ‘n Go dia je. Aku agak terkesan dengan pendedahan ni. Sikitnya pendapatan aku,” tambah lagi seorang warga maya.
Beberapa warga maya juga mengemukakan pandangan bahawa wang yang dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go tidak boleh dikeluarkan semula sebagai tunai, dan ada yang mengongsi pengalaman menyimpan nilai besar dalam kad tersebut.
“Kalau dulu, aku pergi Terengganu dengan kawan atas urusan kerja, sekali dia sentuh Touch ‘n Go di tol, hampir RM2,000 keluar di skrin. Rupanya, itu kad Touch ‘n Go syarikat yang telah di-top up oleh client,” kongsi seorang warga maya.
“Betul, biasanya bagi mereka yang selalu bekerja di luar stesen atau pemandu syarikat, syarikat akan berikan kad Touch ‘n Go seperti ini dan kad itu sudah di-top up. Jadi, mereka tak perlu lagi membuat tuntutan tol,” terang individu lain dalam ruangan komen.
Baca Juga : Guru Besar panik cuak, murid rebah rupanya…