Ini sebab mengapa wanita tiada dara pada malam pertama..

Ini sebab mengapa wanita tiada dara pada malam pertama..

Kebanyakan wanita rasa kurang yakin dengan diri sendiri apabila selalu diajukan soalan berkenaan mereka masih dara ataupun tidak.

Ramai orang percaya jika wanita itu belum berkahwin dan tidak pernah membuat hubungan seks, mereka pasti masih mempunyai selaput dara.

Jika wanita hilang dara, orang lelaki biasanya akan beranggapan wanita ini sudah pernah melakukan hubungan intim itu.

Tapi sebenarnya itu semua hanya mitos.

Isu ini menjadi hangat apabila pengguna Tiktok dengan nama @einasyahirah telah berkongsikan sebab mengapa wanita tiada dara semasa malam pertama.

Eina telah meletakkan 3 sebab utama mengapa wanita kehilangan dara walaupun belum pernah bersetubuh.

  1. Kelalaian menggunakan tampon dan menstrual cup.
  2. 2. Sering melakukan aktiviti sukan lasak.
  3. Setiap wanita berbeza bentuk dan saiz selaput dara.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan sebab yang disenaraikan

Nampaknya masih ramai yang kurang faham apa itu selaput wanita sebenarnya. Jadi sebelum membuat sebarang tuduhan kepada wanita, mari kita fahami dahulu apa itu selaput dara.

Selaput dara adalah lapisan sel nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina. Sewaktu perkembangan embrio, sisa tisu ini akan muncul dalam bentuk cincin atau sabit di tepi bukaan vagina.

Untuk pengetahuan, selaput ini juga tidak semestinya ada pada setiap wanita.

Punca sebenar penyebab pecah dara

Berdasarkan laporan yang dipetik dari Wexner Medical Centre, memang benar ada sesetengah wanita hilang dara akibat melakukan aktiviti lasak.

Bagaimanapun, selaput ini tidak akan koyak atau pecah begitu sahaja. Ini kerana, ia boleh merenggang atau teralih sedikit kerana teksturnya yang mudah lentur seperti lapisan getah.

Oleh itu, pendarahan hanya akan berlaku sekiranya aktiviti itu terlalu lasak atau kebiasaan akan berlaku ketika hubungan intim.

Ini terjadi kerana wanita yang berasa cemas atau takut akan menyebabkan vagina menjadi sempit dan apabila dipaksa, pendarahan akan berlaku.

Fakta lain tentang selaput dara

  1. Selaput dara tidak semestinya pecah semasa kali pertama melakukan hubungan intim.
  2. Selaput ini hanya akan menutup separuh sahaja pembukaan vagina.
  3. Dara wanita yang teralih akan kembali ke tempat asal jika sudah lama tidak melakukan aktiviti lasak dan hubungan intim.
  4. Darah yang terkeluar sewaktu melakukan hubungan intim bukanlah bermaksud wanita itu masih ada dara, tetapi kerana ia dilakukan terlalu kasar.
  5. Perlu faham yang tidak semua wanita mempunyai selaput dara kerana ada mereka yang lahir tanpa selaput ini.

Diharapkan agar mitos dan segala persoalan berkenaan selaput wanita ini terjawab. Apapun jagalah diri kita sebaiknya tidak kira wanita mahupun lelaki.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/trending/wanita-ini-jawab-persoalan-mengapa-tiada-dara-semasa-malam-pertama/

BACA JUGA :
 PANAS !!! Netizen mula tanya Tony mengenai ‘refund ticket’ selepas tayang kereta Tesla di IG
Lelaki terkejut selepas melihat realiti gaji ‘Engineer’ di Jepun dan Malaysia
ANEH !!! Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )