Sekitar tahun 2012, terdapat beberapa spekulasi di media mengenai kemunculan seorang wanita yang sering dilihat berdamping di sisi Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Selepas itu, beberapa media dari Korea Utara telah mengesahkan wanita tersebut merupakan Ri Sol-ju iaitu isteri kepada pemimpin tersebut.
Hari ini, pasangan tersebut telah pun dikurniakan dengan kehadiran tiga orang cahaya mata. Walaupun memegang pangkat sebagai Wanita Pertama Korea Utara, dia juga dikatakan perlu mengikut peraturan-peraturan ketat yang telah ditetapkan oleh suaminya. Kalau nak tahu apa peraturannya, jom baca!
1. Dipaksa berkahwin?
Menurut laporan beberapa media di Korea Selatan, Ri Sol-ju telah dipaksa untuk berkahwin dengan Kim Jong-un selepas Kim Jong-il, diktator dan bapa kepada Jong-un memerintahkan anak lelakinya ini untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Selepas berkahwin, Ri Sol-ju dikatakan perlu menggunakan nama baru dan kesemua kisah tentang masa lalunya telah disembunyikan termasuk nama sebenar dan tahun kelahirannya.
2. Tak boleh jumpa dengan keluarga
Kalau korang nak tahu, Ri Sol-ju ni dikhabarkan datang dari keluarga yang berstatus tinggi. Ibunya merupakan ketua wad ginekologi di salah sebuah hospital di sana dan bapanya merupakan seorang profesor. Manakala pakciknya merupakan salah seorang penasihat ketenteraan Korea Utara.
Pun begitu, sejak menjadi isteri kepada Kim Jong-un, Ri Sol-ju dikatakan jarang mempunyai masa untuk berjumpa dengan keluarganya sendiri kerana dilarang oleh suaminya.
3. Perlu ikut style pakaian dan rambut yang telah ditetapkan
Ketika di awal-awal perkahwinan, Ri Sol-ju dilihat berpakaian unik dan berlainan berbanding orang-orang di negaranya. Disebabkan ini, dia telah menjadi tumpuan ramai ketika kemunculan awalnya di mata orang awam.
Namun begitu, lama kelamaan pakaiannya mula berubah dan Ri Sol-ju dilihat memilih untuk memakai pakaian yang lebih konservatif dan perlu mendapatkan kelulusan dari suaminya dulu.
Selain itu, gaya dandanan rambutnya juga dilihat tak pernah bertukar sejak dia melahirkan anak perempuan pertamanya pada tahun 2010 dulu tau!
4. Tak boleh dilihat keluar bersendirian
Tak seperti isteri kepada pemimpin di negara-negara lain, Ri Sol-ju tidak dibenarkan untuk membuat penampilan bersendirian di tempat awam. Kalau tengok gambar-gambar di media, memang susah nak jumpa dia berseorangan tanpa suaminya di sisi.
Selain itu juga, Ri Jol-ju tidak dibenarkan untuk menghadiri mana-mana majlis rasmi tanpa suaminya dan media juga tak berani untuk ambil gambar dia atau anak-anaknya tanpa kebenaran dari Kim Jong-un.
5. Tak boleh keluar dari Korea Utara
Ri Sol-ju juga tak dibenarkan untuk keluar dari negaranya walaupun untuk pergi bercuti. Wanita ini hanya dibenarkan untuk ke luar negara bersama suaminya jika ada lawatan kematian mana-mana pemimpin dari negara lain.
Namun begitu, menurut beberapa laporan, sebelum berkahwin Ri Sol-ju pernah meninggalkan Korea Utara beberapa kali. Dia dikatakan telah menyambung pengajiannya di China dan pernah melawat negara jiran, Korea Selatan semasa dia menjadi cheerleader dulu.
6. Dipaksa sorokkan kehamilan
Sejak menjadi isteri kepada Kim Jong-un, kehidupan Ri Sol-ju memang dilindungi dengan kawalan yang sangat ketat. Namun begitu, kawalan ini menjadi semakin ketat setiap kali dia mengandung.
Ini kerana, apabila Ri Sol-ju mengandung, wanita ini akan hilang dari mata orang awam dan tidak keluar menemani suaminya ke acara-acara rasmi.
7. Dipaksa untuk mengandung sehingga dapat anak lelaki
Sejak berkahwin pada tahun 2009, Ri Sol-ju dikatakan telah dipaksa untuk mengandung sehingga mendapat anak lelaki. Menurut laporan, dua anak pertamanya adalah perempuan dan anak ketiga mereka lelaki.
Usaha Kim Jong-un untuk merahsiakan kehidupan isterinya sebelum berkahwin dikatakan agak berjaya apabila sehingga kini, tak banyak fakta mengenai Ri Sol-ju ini yang diketahui orang awam.
Menurut media Korea Selatan, Ri Sol-ju mungkin lahir di antara tahun 1984 dan 1989 dan merupakan anak orang elit di Korea Utara.
Selain itu, ada ura-ura mengatakan bahawa sebelum ini Ri Sol-ju merupakan seorang penyanyi di Okestra Unhasu dan telah membuat beberapa persembahan di luar negara dan dikhabarkan mempunyai PhD dalam bidang sains.
Pun begitu, sejak berkahwin dengan Kim Jong-un, pihak berkuasa Korea Utara dikatakan cuba untuk memadam masa lampaunya dengan merampas semua CD dan DVD yang mengandungi persembahannya ketika dia menjadi penyanyi dahulu.
Baca juga: Tokti geram! Cari abang food panda guna mukanya sebagai filter