Peranti skrin yang boleh dilipat kini telah mencapai titik kecemerlangan dengan dikeluarkannya Honor Magic V2, yang dianggap sebagai yang paling nipis dan ringan dalam pasaran sekarang.
Dahulu, apabila menyentuh topik peranti skrin yang boleh dilipat, ramai akan menganggapnya sebagai peranti yang besar dan tidak selesa untuk dibawa dalam poket. Ada juga anggapan bahawa peranti seperti itu tidak sesuai untuk digunakan secara harian.
Namun, persepsi-persepsi tersebut berubah dengan kehadiran Honor Magic V2, yang menjadi peranti skrin boleh dilipat pertama dengan ketebalan kurang daripada satu sentimeter apabila dilipat. Ini menjadikannya pilihan terbaik dalam era baru rekaan telefon pintar.
Honor Magic V2 mempunyai badan ultra nipis, dengan ketebalan hanya 9.9 milimeter apabila dilipat dan 4.7 milimeter apabila dibuka. Selain itu, beratnya hanya 231 gram, lebih ringan dan nipis berbanding dengan model-model sebelumnya.
Peranti ini juga dilengkapi dengan engsel titanium yang ringan, menjadi teknologi pertama dalam industri pembuatan telefon pintar. Engsel ini dibuat daripada aloi titanium, yang 150 peratus lebih kukuh berbanding aloi aluminium, menjadikannya ringan dan tahan lama.
Untuk meningkatkan lagi ketahanannya, Honor menggunakan keluli proprietari ‘Pelindung Keluli’ dalam bahagian utama engsel. Bahan ini membentuk 67 peratus daripada engsel, memberikan keseimbangan antara kekenyalan dan ketahanan.
Teknologi ‘mortise and tenon integral molding’ digunakan untuk menggabungkan penutup engsel dengan sempurna. Peranti ini juga boleh menahan lebih daripada 400,000 lipatan, atau 100 kali lipatan sehari, dan mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun.
Walaupun reka bentuknya sangat nipis, Honor Magic V2 dilengkapi dengan bateri kapasiti besar 5,000mAh, yang dimuatkan menerusi komponen pemacu paparan ‘tiga dalam satu’. Sistem Penyejukkan VC Bionik Ultranipis Honor dipasang dalam peranti untuk mengelakkan pemproses menjadi panas dan memberikan ketahanan jangka panjang.
Dengan antena ultra nipis berukuran tiga millimeter, peranti ini menjadi yang paling nipis dalam industri telefon boleh lipat.
Dalam penilaian penulis, Honor Magic V2 memperoleh prestasi yang sangat baik dengan skor 4.5/5 untuk prestasi dan keupayaan, dan skor 5/5 untuk rekaan.
Baca Juga : Perlawanan Persahabatan bertukar kepada Perlawanan Tempah Mati