Seperti bulan yang turun ke riba, itulah gambarkan nasib wanita bernama Fareen Nabilla yang berpeluang menerokai Amerika Syarikat setelah memenangi baucar percutian ke destinasi tersebut.
“Sejak zaman sekolah lagi, saya telah membina impian untuk menginjakkan kaki di Amerika Syarikat.
Pada tahun 2023, nasib baik saya tersenyum apabila menang dalam pertandingan dan mendapat baucar percutian,” ujarnya.
Keterujaan Fareen terpancar melalui gambar-gambar yang dirakam semasa lawatannya:
1. Bergambar di mercu tanda San Francisco iaitu Golden Gate Bridge.
2. Melihat lokasi penggambaran filem di Warner Bros Studio Tour Hollywood.
3. Salah satu lokasi penggambaran filem Twilight, iaitu di rumah Bella Swan di St. Helens, Oregon.
4. Salah satu lokasi penggambaran filem Twilight, di mana keluarga Cullens dan Bella bermain baseball di Multnomah Falls, Oregon.
5. Memburu bintang-bintang di Hollywood Walk of Fame.
6. Main salji pada bulan Mei di Mount Hood, Oregon bersama kawan-kawan, Ainul dan Seha.
7. Di kedai buku ‘independent’ terbesar di dunia, Powell’s Bookstore.
8. Banyak anjing laut boleh dilihat yang berhijrah ke Fisherman’s Wharf.
Fareen berkongsi beberapa tips dan info semasa perjalanannya ke Amerika Syarikat sebagai panduan untuk mereka yang merancang percutian ke destinasi yang sama:
Destinasi: Amerika Syarikat (Los Angeles, Portland, dan San Francisco)
Tempoh percutian: 14 hari (29 April 2023 hingga 12 Mei 2023)
– Lima hari di Los Angeles
– Empat hari di Portland
– Empat hari di San Francisco
– Bilangan peserta: 2 orang
Persediaan sebelum berangkat:
– Ambil visa paling kurang 2 minggu sebelum berangkat.
– Ambil travel insurance kerana kos perubatan di sana tinggi.
– Buat kajian mengenai tarikan pelancongan dan ramalan cuaca.
– Bawa sedikit makanan dari Malaysia untuk hari pertama dan kedua.
– Pakai kasut yang selesa.
Aktiviti yang dilakukan:
– Sewa tour guide untuk melawat kediaman artis Hollywood.
– Berkunjung ke Warner Bros Studios Hollywood – lihat set sebenar filem Hollywood.
– Main salji di Mount Hood, Oregon.
– Berkunjung ke Disneyland Park California – Disneyland pertama di dunia.
– Hiking untuk melihat papan tanda Hollywood secara dekat.
Restoran halal yang direkomendasikan:
– Gunakan apps UberFood untuk cari makanan halal.
– Pilih penginapan dengan dapur atau sekurang-kurangnya ada microwave.
– Restoran halal yang dicadangkan termasuk Dave’s Hot Chicken (LA), Ploy Thai (Portland), Saturday Market ada bakery Muslim (Portland), SIRI Indian Cuisine (Portland), The Halal Guys (SF), dan Ziggy’s Burger (SF).
Tips dan panduan:
– Jangan terlalu banyak pergi tempat dalam sehari.
– Ambil perhatian kepada kad pengangkutan awam yang berbeza di setiap negeri.
– Jangan keluar pada waktu malam dan gunakan Uber jika perlu.
– Fokus pada tempat tarikan pelancongan utama.
– Hati-hati dengan penipu yang berpakaian kostum di kawasan tarikan pelancongan.
Baca Juga : Hari ini tangkap esok dia buka balik kedai jagung depan KLCC, dah macam Dhaka