Kini tibanya musim peperiksaan, membolehkan adik-adik menyertai empat waktu terbaik untuk meningkatkan proses pembelajaran agar penyerapan ilmu lebih efektif.
Sesetengah individu mungkin cenderung untuk belajar melebihi tempoh yang disyorkan, tetapi tindakan ini tidak disyorkan kerana ia berpotensi merencatkan emosi dan kesejahteraan mental.
Oleh itu, bagi memastikan kejayaan dalam menjawab peperiksaan, cadangan empat waktu terbaik untuk belajar boleh diambil kira seperti yang tercatat di bawah ini.
Lebih penting lagi, pastikan anda memperoleh tidur yang mencukupi bagi memastikan kecerdasan otak kekal optimum.
4 WAKTU TERBAIK UNTUK BELAJAR, MEMUDAHKAN PROSES PENJAWABAN
1. Sebelum Subuh (3 hingga 5 Pagi)
Pada waktu ini, otak cenderung lebih efisien dalam pemprosesan maklumat kerana suasana yang tenang dan sunyi. Selain itu, melakukan solat tahajud sebelum sesi pembelajaran dapat memberi manfaat tambahan, dan waktu ini sesuai untuk subjek yang memerlukan hafalan.
2. Pagi (8 hingga 10 Pagi)
Waktu pagi adalah ketika badan berada dalam keadaan segar, dan disarankan untuk menyediakan sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran. Ini bertujuan untuk memastikan kecerdasan minda dalam keadaan optimum. Sesuai juga untuk subjek yang memerlukan pemikiran tinggi.
3. Petang (3 hingga 5 Petang)
Pada waktu ini, kelelahan dan kelesuan biasanya mula dirasai. Oleh itu, sesi pembelajaran boleh difokuskan pada subjek yang melibatkan pengiraan.
Selain itu, waktu ini sesuai untuk mengulang kaji topik yang telah diajar, dan elakkan belajar melebihi pukul 5 petang.
4. Malam (8 hingga 10 Malam)
Waktu ini boleh digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dan untuk membaca subjek yang akan diajar pada hari berikutnya. Amalkan penilaian semula terhadap ilmu yang telah diajar oleh guru.
Berikhtiarlah untuk menjadikan empat waktu ini sebagai aspek utama dalam proses pembelajaran. Dengan ini, penyelesaian peperiksaan akan menjadi lebih mudah dan berkesan.
Baca Juga : Terengganu arah tutup semua gerai orang Islam pada hari Jumaat