Inilah dia pewaris Megah Holding

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Mustapha Kamal yang sering membawakan watak orang kaya atau pemilik syarikat atau CEO dalam drama-drama Melayu dulu-dulu.

Dalam kebanyakan drama-drama tersebut juga, kebanyakan syarikat yang dimilik oleh watak utama pula dinamakan Megah Holding, namun syarikat itu hanya fiksyen semata-mata.

Walau bagaimanapun, watak orang kaya yang sering dibawakan oleh Mustapha Kamal itu masih melekat dengan dirinya meskipun dah bertahun-tahun.

Inilah dia pewaris Megah Holding

Baru-baru ini, Mustapha Kamal menerusi TikTok ada berkongsi sebuah video dirinya dan keluarga berbuka puasa di sebuah hotel.

Mustapha KamalSumber: TikTok @mustaphakamaal

Namun, reaksi dan gurauan netizen yang lucu di ruangan komen video TikTok tersebut pula telah menjadi perhatian.

Ramai warganet yang melihat video tersebut telah bergurau dengan mengatakan anak-anak Mustapha Kamal dalam video itu merupakan pewaris Megah Holdings.

Selain itu, ada juga netizen yang bergurau dan siap bertanya antara keempat-empat anak Mustapha Kamal itu, yang mana satukah yang akan menggantikannya sebagai CEO syarikat Megah Holdings.

Dalam masa yang sama, ramai juga warganet yang memuji kecantikan isteri Mustapha Kamal, Susan Menon yang juga seorang pelakon kerana dia kekal nampak cantik seperti tidak dimamah usia.

 

Baca juga: Atikah Suhaime kongsi momen jumpa ayah mentua yang juga seorang hartawan buat pertama kali