Israel bersiap sedia, Houthi akan serang udara Israel habis-habisan

Kumpulan Houthi, yang bersekutu dengan Iran dan berpangkalan di Yemen, mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan peluru berpandu balistik ke bandar Israel, Eilat, pada Jumaat. Ini adalah satu tindak balas terhadap serangan Israel di Gaza, menurut laporan Reuters.

“Mempertahankan rakyat Palestin yang tertindas, yang masih menjadi mangsa keganasan Israel. Angkatan Bersenjata Yemen telah menjalankan operasi tentera menentang sasaran musuh Israel di kawasan Umm al-Rashrash, di selatan Palestin yang diduduki, menggunakan beberapa peluru berpandu balistik,” kata Yahya Sarea, jurucakap tentera Houthi.

Beliau menegaskan bahawa angkatan bersenjata Yemen berkomitmen untuk memperjuangkan tugas menegakkan agama, moral, dan kemanusiaan bagi rakyat Palestin yang tertindas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membebaskan seluruh penduduk Islam.

Israel bersiap sedia, Houthi akan serang udara Israel habis-habisan

Di samping itu, seramai 131 tahanan, terdiri daripada 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar, dan seorang warga Bangladesh, telah melarikan diri dari blok lelaki Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor pada malam Khamis yang lalu. Namun, seorang daripada mereka telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Baca Juga : Tentera Israel bongkar modus operandi bakar semua rumah di Gaza