Istana Negara tangguh panggil menghadap untuk AMANAH dan DAP

Sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan 21 Okt ditangguhkan.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu, hal berkenaan disampaikan pegawai kanan Agong.

Menurut kenyataan itu, sepatutnya Lim dijadual mengadap Agong pada hari ini manakala Mohamad pada minggu depan.

Namun, semalam setiausaha sulit kanan baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap tuanku ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” kata Mohamad dan Lim.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/546461