Rohan Dennis, bekas juara dunia berbasikal, kini menghadapi tuduhan yang melibatkan kematian isterinya, Melissa Dennis, seorang bekas atlet Olimpik.
Kejadian itu berlaku di Medindie, Australia Selatan, pada Sabtu sekitar jam 8 malam, di mana Dennis didakwa melanggar isterinya dengan kereta.
Melissa, yang berusia 32 tahun, kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah dan meninggal dunia sejurus kemudian.
Pasangan itu, yang baru berpindah ke Avenel Gardens Road seminggu lalu, memiliki dua orang anak.
Seorang jiran mengungkapkan, “Kami tidak pernah melihat insiden sebegini di jalan ini. Ia sangat mengerikan.”
Pasangan berkenaan adalah jaguh berbasikal Australia yang meraih pencapaian cemerlang. Rohan, pada tahun 2012, memenangi perak Olimpik, manakala pada tahun 2020, dia memenangi pingat gangsa.
Sementara itu, Melissa, walaupun terlepas dari kedudukan pingat pada Olimpik 2012, memenangi emas berpasukan untuk acara kejar-mengejar wanita di Kejohanan Dunia 2015.
Enam hari sebelum tragedi tersebut, Rohan telah memuat naik gambar bahagia mereka sekeluarga di hadapan pokok Krismas.
Perbicaraan bagi kes ini dijadualkan akan berlangsung di Mahkamah Majistret Adelaide pada 13 Mac.
Baca Juga : Memang kerja gila, bila kereta diubah suai tanpa tayar