“Aku dalam bilik air, tiba-tiba aku nampak kepala bapa mertua yang sedang mengintai aku, aku pun cakap ‘eh abah’, terus hilang kepalanya..”
Aku perkenalkan diri aku sebagai Eka. Aku dan suami sudah mendirikan rumah tangga hampir dua tahun.
Mempunyai seorang anak. Kami tinggal di rumah keluarga mertua aku memandangkan suami aku saakit dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Aku dalam bilik air, tiba-tiba aku nampak kepala bapa mertua yang sedang mengintai aku, aku pun cakap ‘eh abah’, terus hilang kepalanya..”
Walaupun begitu aku dan suami tetap berusaha untuk mencari rezeki. Aku menjual tudung.
Suami pula membaiki pc, membuat pc gaming, format dan yang berkaitan komputer.
Aku seorang yang pendiam, tidak banyak cakap, tidak pandai berborak, hanya senyum sahaja dan jawab soalan apabila ditanya.
Memandang di rumah mertua kami hanya berlima. Fil, Mil, Suami, aku dan ank aku.
Jadi sunyi jela rumahnya. Adik beradik suami sangat ramai dan jujurnya aku kurang selesa bila mereka semua pulang ke kampung sebelum pkp ni la.
Sebabkn aku yang tak pandai nak bergaul. Mana tak nya, kakak2 suami semua dah macam mak aku. Anak2 sedara suami pula ramainya yang lagi tua dari aku.
Ini kerana suami aku ank bongsu. Mil n fil aku pun dah ramai cicit jadi bayangkan mereka dah tua.
Tak sampai hati pulak kalau kami tidak tinggal dengan mereka. Walaupun jauh untuk ulang alik ke hspital.
Aku tahu mil selalu mngadu pasal aku dan selalu burukkan aku dekat anak anak dia.
Macam mana aku boleh tahu? Anak perempuan dia la yang wasap suami aku. Dan aku baca senyap2.
Suami aku tak de cerita apa pun. Jadi aku diamkan aja. Banyak benda yang aku pendam sendiri dan tak kongsi dengan suami sbb aku tak nak bergaaduh.
Contoh bila aku masak mil komen2 ckp aku masak hangit la apa la. Eh bila dah siap masak dia yang habiskan.
Lagi bila masak. Aku nak goreng kuih tapi disuruhnya aku guna minyak bekas goreng ikan.
Ini yang paling aku tak boleh terima, masa anak aku 4 bulan aku ingat lagi.
Anak aku nangis nangis aku tahu mengaamuk nak tidur.
Tapi mil dok paksa2 aku bagi anak makan katanya dia lapar. Memang masa anak 4 bulan lagi dia dok sibuk suruh bagi makan. Kesian lapa katanyaa.
Bila aku cakap 6 bulan baru boleh makan dia marah2 aku. Bila dia main dengan anak aku.
Senyap senyap dia suapkan makanan. Air teh dia suap. Biskut. Buah tu buah ni.
Korang bayangkan masa tu ank aku bru 4 bulan. Yang paling aku terkejut dia bagi durian. Tapi aku diamkan aja. Apa yang jadi aku x pernah cerita kt ma abah aku.
Bukan ma abah tak pernah tanyaa macam mana duduk dekat sana.
Pernah je tanya tapi aku cuma jawab ok je. Disebabkn aku malas nak kusutkn keadaaan.
Orang akan anggap benda kecik je tapi aku sebagai ibu. Hmmm. Sambunggg balik cukup ank aku 6 bulan aku buatkan laa bubur utk dia. Belajar dari group happy baby food malaysia.
Elok je ank aku makan. Happy sangat aku. Tapi fil dan mil x puas hati aku bg bubur.
Hari hari suruh bagi nestum., Tapi satu hari, kakak suami aku wasap dan tanya ank aku makan apa.
Suami pun jawab laa bg bubur semua tu. Dan dia kata bahaaya bagi makan bubur. Beli la nestum baby apa tah.
Aku tahu ni cadangan mil. Kalau tak, tak kan tiba tiba wasap terus tnya ank makan apa. Suami ada cakap yang aku ada belajar dekat fb yg pasal bubur tuu.
Dia maarah dia kata jangan percaya sangat fb tu semua mangarut je. Terus suami pegi beli nestum utk anak.
Aku ada cakap bby tak boleh gula, garam, perisa tambahan semua tuu tapi nestum tu ada gula tak elok untuk baby.
Tapi suami tetap suruh bagi nestum juga. Habis dah bab tu dan sekarang aku nak ajar balik anak aku makan bubur.
Masa first try tu masuk dua sudu dia muntah teruk.
Tak boleh terima bubur sebab tak rasa apa. Aku buat bubur nasi + carrot. Boleh mil cadang kan isi gula. Lagi la dia tak nak.
Bila aku balik rumah ma aku, aku cakap nak ajar dia bubur balik. Ma aku buatkan. Elok je dia makan.
Itu cerita dulu dulu yang aku pendam masa anak aku kecik. Sekarang anak aku dah nak masuk setahun.
Ni yang aku nak cerita sebenarnyaa. K3s terbaru 7/4 lepas asar aku saakit perut.
Bilik air pertama ada Fil, aku tahu sebab aku nampak mil kt luar. Aku di tandas kedua. Sebelah dengan bilik air yang ada fil. Dinding antara bilik air tu tak sampai atas jadi ada ruang.
Di dinding belah atas tu aku nampak bayang aku tenung je lagi sebab nak pastikan apa. Tiba tiba aku nampak kepala fil. Dia mengintai aku.
Aku pun cakap ‘eh abah’. Terus hiilang kepalanyaa. Disebabkn aku saakit perut lagi. Aku cepat cepat keluar pergi tandas ke empat, tandas hujung.
JNtung laju tak payah cakap laa. Dan aku berfikir perlu ke aku cerita dekat suami. Takut suami tak percaya dan aku ni kan jenis berat mulut.
Bila fikir fikir aku nekad nak bagitahu suami dan nk bersumpah laa takut dia tak percaya.
Tiba tiba aku terfikir lagi. Entah entah aku yang salah nampak. Sedangkan aku betul betul yakin dengan apa yang aku nampak.
Keluar dari tandas aku berjalan laju ke bilik. Dan yang mengejutkan fil tunggu dan dia ckp ‘eka abh mintak maaf tak sengaja’. Aku tak pandang pun muka dia terus masuk bilik dan kunci.
Suami pulak terlelap padahal sebelum aku pergi tandas dia hidup je lagi.
Aku cepat cepat kejut dan cerita apa yang jadi sambil ketar ketar. Terus berubah muka suami.
Yang myakinkan lagi sebab fil cakap mintak maaf tu maknanya aku memang tak salah nampak.
Esokkan hari nyaa aku balik rumah ma aku dengan izin suami. Walaupun pkp mujo tak jauh, satu daerah je.
Berminggu juga la aku duduk rumah ma aku dan aku terpaksa cerita hal yang sebenar walaupun berat. Maaf aku gagal jaga aib fil. Yang tahu hanya ma dan kakak aku.
Aku suruh rahsia kan dari abah sebab tak nak benda buruk pulak jadi nanti. Maklum la abah tentera paham paham jela. Suami cerita apa yang terjadi kepada sorang kakak dia ni.
Kakak dia ni yang paling baik laa. Dia juga yang pesan supaya jangan bagitahu adik beradik lain dan suruh jaga aib bapak diorg.
Kami buat keputusan untuk keluar dari rumah tu dan menyewa.
Suami ada post nak cari rumah sewa, tak sampai berapa minit adik beradik dia semua serbu wasap tanya kenapa nak duduk rumah sewa pulak.
Dduk je la dengan mak bapak, diorang dah tua. Semua bangkang dan marahkan suami.
Suami stress mencari rumah sewa bukan mudah. Nak yang kecik murah tapi teruk sangat. Hmmm.
Sepanjang aku stay dengan family aku. Suami bagitahu yang bapak dia tak keluar bilik, tak makan, tak buat apa apa.
Rindukan cucu katanya sebab sebelum ni dia yang rajin melayan anak lelaki aku tu.
Risau bapak dia kemurungan dia pujuk aku untuk balik sana semula. Katanya bapak dia melutut mintak maaf dengan dia.
Dah insaf katanyaaaaaa. Aku pun balik la sana, masih sama tak keluar bilik dan tak makan.
Suami kata balik nanti berkumpul semua (fil,mil,suami,aku) fil nak mintak maaf. Lagi la aku berdebor sebab aku masih lagi x boleh terima perbuatan dia tu.
Apa lagi nak menghadap muka dia. Bila aku balik tak berlaku pun yang kata nak berkumpul dan mintak maaf semua tu. 3 4 hari je dia berkurung.
Lepas tu back to normal. Tengok tv, borak dgn mil. Tapi aku tetap tak boleh terima.
Aku tak bercakap, nampak dia kt dapur terus tak jadi pergi dapur. Trauma aku nak ke tandas.
Mesti suruh suami teman kan tunggu kt dapur. Kalau korang tanya aku maafkan ke tak. Entah la weh berat je rasa hati nii.
Kata ahli msjid sangat, orang kata pkp tak boleh solat kat msjid pegi juga.
Haji pun dah pegi, malam2 mengaji tapi kenapa buat benda tak patut pak pak haji buat. Sekian dari aku.
Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah sampai habis ye..
Saya L, umur 30 dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata.
Suami saya S, seorang lelaki yang baik, bertanggungjwab, namun lurus dan tiada pendirian
Seperti tajuk tertera, saya beberapa fikir yang saya tersalah langkah dengan mengahwini seorang “mummyboy”.
Sejujurnya masa awal perkenalan dulu saya terlalu bersangka baik dengan berfikir bahawa untungnya saya dapat suami yang family man dan penyayang.
Ye betul, S sangat sayangkan keluarga dan penyayang. Cuma yang menjadi masalah ialah ibunya.
Ibunya selalu melihat saya sebagai pesaing seolah olah saya cuba merebut anak kesayangan dia darinya.
Dia tak pernah senang hati kalau anak lelakinya belikan apa apa pada saya, layan saya bagai puteri raja, dan selalu mencari sekecil kecil kesalahan saya untuk suami lihat bahawa ibunya lebih baik dari saya.
Saya memang suka memasak sebab ayah saya chef dan mak saya kerja restaurant,
Dan suami selalu memuji masakan saya di depan ibunya dan itu membuat ibunya tak senang hati sehingga sekecil kecil silap saya pun dia akan ungkit berbulan bulan lamanya.
Contohnya ada sekali saya termasak terletak cili dalam masakan, sehingga sekarang dia masih tak puas hati dan ungkit benda yang sama saja sambil buat muka.
Belum masuk kesalahan kesalahan kecil yang lain sehingga buat saya rasa macam worthless sebab salahnya kecil saja tetapi suami tetap akan suruh saya cuba untuk ambil hati ibu walaupun hati saya sndiri banyak kali saakit.
Saya cuba masakkan untuk ibu, cuba ajak ibu keluar berdua dengan saya, cuba untuk bagi ibu sayang saya.
Tapi saya rasa itu tindakan yang sangat bodoh sebab ibu makin bencikan saya dengan jelingan dan sindiran yang saya terima setiap hari.
Ibu juga selalu tak senang hati kalau kami spend masa berdua atau berdating. Kejap kejap dia call. Ini buatkan saya rasa sangat tak selesa.
Apatah lagi suami saya selalu mementingkan keluarga beliau sendiri berbanding perasaan saya.
Kami memang duduk berasingan cuma jarak rumah kami 10 minit saja dari rumah ibu.
Suami saya kalau boleh setiap minggu nak balik rumah ibu dan berat hati setiap kali nak balik rumah keluarga saya.
Saya rasa dah banyak pendam hati sampai rasa menyesal pula berkahwin kerana saya terlalu tertekan.
Saya tak boleh buat silap sedikit psti ibunya akan ungkit sampai berbulan lamanya.
Masalah suami saya juga, beliau tiada pendirian diri dan selalu buka aib rumahtangga pada keluarga. Apa apa isu rumahtangga pasti dia ceritakan pada ahli keluarga.
Walaupun saya tahu niat dia untuk meminta pandangan sahaja, tapi pada pengakhirannya saya pula yang dipersalahkan sebab yelah, mana ada ibu yang nak salahkan anak dia sndiri kan.
Kini satu keluarga suami akan menjeling menyindir saya setiap kali saya datang ke rumah.
Saya boleh pilih untuk jauh dari mereka tapi suami saya tetap berkeras yang semuanya baik baik sahaja seolah menidakkan perasaan saya dan memaksa saya untuk mengambil hati semua.
Sebelum kami kahwin, suami memang melayan ibunya bagainya kekaasih.
Diberi bunga, diajak dating, nak masuk kereta pun dia bukakan pintu dan saya sebagai kekaasih,
Ketika itu tersentuh tengok keakraban suami dengan ibu tanpa sekalipun nampak masa depan saya akan jadi begini iaitu akan bermadu dengan ibunya sendiri.
Belum masuk bab ipar yang suka mengadu domba dan menghasut lagi.
Masalahnya suami saya ni dia lurus. Dia lebih percayakan keluarga dia berbanding saya.
Pernah ipar menuduh saya bawa suami balik ke rumah mama sebab saya nak jauhkan suami dari keluarga. Sejak dari itu, suami agak keberatan setiap kali saya ajak pulang ke rumah mama.
Ipar juga tak senang hati setiap kali melihat suami melayan saya dengan baik sebab suami memang rapat dengan dia.
Dia selalu menyibuk urusan rumah tangga kami contohnya selalu mesej suami tanya, “ada apa apa ke dengan L tu? tengah gduh ke” Dan suami saya amat lurus dengan cerita semua benda yang berlaku dan akhirnya backfire saya semula.
Belum pun masuk urusan anak lagi. Suami saya seorang yang penyayang dan sangat sukakan budak budak.
Tapi Allah menguji kami dengan ujian ini dan saya tak terkejut pun kalau suatu hari nnti mertua dan ipar nasihatakan suami untuk kahwin lain semata mata untuk saakitkan saya.
Semakin lama saya semakin tertekan dan fikir untuk tidak lagi mahu teruskan perhubungan ni.
Apa gunanya lagi kalau suami selalu paksa balik rumah keluarga dia tetapi satu family di bencikan saya dan suami tak pernah memihak pada saya?
Saya selalu menangis sendiri kerana perasaan dibenci tapi tahu silap sndiri ni saakitnya luar biasa.
Saya juga ingin disayangi mertua dan keluarga ipar seperti mana mereka menyayangi menantu dan biras.
Adakah perkahwinan saya masih boleh diselamatakan kerana saya merasakan hubungan ini memberi kesan yang mendalam pda kesihatan mntal saya.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet:
Ros Hamzah, Kalau saya, saya jawab jer blk kalau bukan salah saya. Jawab dgn cara yg sopan sebagai tanda awak pertahankan diri awak, bukan telan jer semua benda utk puaskan hati org lain.
Suami awak tu kena brainwash dan cari aktiviti lain yg blh kurangkan dia utk kerap ke rumah ibunya.
Terus terang dan ckp jer apa yg awak mahu dlm kehidupan rumahtangga dgn suami awak. Jgn diam dan pendam.
Wan Azlini, Sbnrnya si suami yang tak main peranan kat sini. Patutnya dia la back up awak. Dia jadi pendamai. Dia pegi jaja psl masalah rmhtangga. Mmg rosak la rmhtangga mcm ni.
Kalau ank mommy skali pun, kena bljr nak jaga hati isteri dan mak. Kalau sy jd awak, sy bawak suami ke pjbt kaunseling.
Bagi kata dua. Kalau lps ni, dia buat kesilapan sama. Blh dh angkt kaki.
Salma Amira,Nasihat saya keluar dari perkahwinan toksik mcm tu. Hidup kita bukan utk di perjudikan dengan perasaan yg menyakitkan.
Sementara takde anak ni… Cubalah buat sesuatu utk kepentingan diri sendiri. Aku sampai skrg tak paham.. Kenapa menantu kena ambil hati mertua.
Kita ni pun terima mertua tu dgn apa yg dia ada.. Mertua nak kita full fill dia punya kepuasan pun beragak lah. Ee geram.
Nuraz Wan, Panggil suami duduk dgn puan.. Beritahu dia beri masa setengah jam dn jngan mnjawab apa² pun..
Biar dia dengar apa yg mnjadi masalh dn suara hati puan.. Pilih point2 penting dn katakn semua..
Tutup dgn beritahu, puan sdh tinggalkn keluarga utk hidup bersama dia..
Tetap dia bawa puan dlm keluarga dia yg tdk terima puan sdgkn dia memaksa puan terima mereka yg bencikn puan..
Minta dia letakkn diri dia ditmpt puan dipaksa berbaik dgn org yg bencikn dia..
Tanya dia apa alasan utk puan terus bertahan dlm rmhtgga ini, klu keluarga dia mmbenci puan, sdgkn dia.. Satu² sbb puan disini.. Menyebelahi mereka dn tdk mnyokong puan.
Wan Shida, Kau bg kata dua je kt suami tu.. sekali lg citer mslh rmhtgga kt kuarga, mmg ke pejabat agama.. sbb sy rsa tu antara punca utama..
lpas tu, buat keras sket..org jeling, awk jeling je balik..org sindir, awk pekakkan telinga..klu perlu jawab, menjawab je.. kluarga cmni mmg perlu keras sket.
Baca Selanjutnya :
BANGGA! Malaysia Diiktiraf Antarabangsa Sebagai Tempat Persaraan Terbaik Di Asia