Mak mertua aku orang kaya tapi aku duduk dalam rumah dia dalam keadaan yang sangat daif.
Satu sen nafkah pun dia tak izinkan suami bagi dekat aku. Aku basuh rambut pakai sabun badan atau sabun cuci kain.
Sehinggalah satu hari suami aku terlepas cakap, aku ambil tali pinggang dia dan penyapu..
Aku, isteri yang terpaksa menderhaka. 2002. Masa tu aku dan suami dah berada di tahun akhir dekat Universiti. Dah nak habis belajar. Jadi kami buat keputvsan beranikan diri berkahwin. Kitorang tak ada masalah. Dari awal dah sedia yang hidup akan perit diawal perkahwinan.
Suami aku alhamdulillah baik. Bertanggungjawab. Aku tak dibenarkan bekerja. Dia nak anak-anak dia boleh membesar dalam asuhan tangan aku sendiri. Aku akur. Lepas habis belajar, aku dan suami tumpang rumah mentua.
Sementara tunggu suami cari kerja dan kumpul duit deposit nak sewa rumah. Mentua aku orang ada-ada. Bukan orang susah. Adik beradik suami aku tak ramai. Ada seorang abang yang dah berkahwin dan seorang adik perempuan.
Masalah mula bermula. Mak mentua aku tak suka aku sebab aku suri rumah. Keadaan semakin tak berpihak pada aku, sebab biras aku wanita bekerja. Jadi, aku semakin galak dibanding-bandingkan. Aku masih boleh kawal diri. Sebab suami sayang aku.
Perlakuan mak mentua pada aku dan biras memang beza. Pendek kata, mak mentua tak percaya aku. Aku tak layak dapatkan apapun hatta duit nafkah 10 sen. Tapi kerja rumah aku kena buat semua. Dari kemas seluruh rumah, masak untuk makan semua penghuni rumah, cuci baju seluruh orang rumah, apa-apa pun lah. Aku kena buat.
Ipar anak beranak makan di rumah mak mentua aku. Mak mentua pun selalu bermasam muka jika bercakap dengan aku, bersuara kasar, dengan suami aku pun sama, berkasar. Aku ada di kasta paling bawah di mata mak mentua aku. Beza layanannya kepada abang ipar dan biras aku.
Mak mentua sangat lembut dan percaya pada biras aku. Tiap-tiap bulan selalu hulur duit pada biras aku, walaupun biras aku ada kerja dan gaji sendiri. Best kan jadi biras aku. Abang ipar aku jenis pandai mengampu, beza dengan suami aku yang pendiam dan lurus bendul.
Suami aku tak pernah bercakap kasar atau tinggi suara pada mak mentua walau mak mentua selalu berkasar kepada suami aku. Beza dengan abang ipar, yang tak pernah segan silu bercakap kasar dan menengking mak mentua kalau ada perkara yang dia tak suka.
Mungkin sebab itulah mak mentua aku sangat lembut dengan abang ipar. Sesempurna suami aku, pasti ada jua lah kekurangan dia terhadap aku. Yang paling aku tak suka adalah suami aku kadang-kadang suka terlepas cakap.
Emosi sesaat. Terutama jika dia diperlakukan kasar oleh ibunya. Walau bukan nada menengking, nada halus sahaja tetapi aku terasa dengan kata-kata dia. Aku cuba untuk faham bahwa dia mungkin melepaskan geram. Hidup aku seketika macam stuck, jalan setempat.
Mana tak nya, duit aku tak pernah pegang. Kerja rumah melambak dari buka mata pagi hari sampai malam. Nak kerja tak dapat. Aku dah macam kuIi tak bergaji. Dipandang hina mentua pun satu hal juga. Serabut otak aku dibuatnya.
Tak dapat nak beli apapun, walaupun sebiji gula batu. Baju zaman masih dara itulah baju aku. Skincare make up apa benda itu semua memang tak ada lah, sabun untuk badan itulah sabun untuk muka. Aku basuh rambut pakai sabun badan atau sabun cuci kain okay.
Sampai macam itu tahap miskin aku, walau hidup dengan mentua yang berada. Aku tak kesah lah bab-bab tu. Suami masih sayang aku, meminta aku bersabar dan memberi dia masa. Aku pun akur. Pejam celik, dah 2 tahun aku hidup dengan mentua.
Siksanya sangat. Suami berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai 3 bulan selepas kami duduk dengan mentua. Untuk keluar dari rumah mentua, aku rasa harapan aku masih suram. Aku tak nampak tanda-tanda itu. Mak mentua halang kami pindah.
Dengan alasan, sayang jika suami aku bayar sewa kat orang, lebih baik bayar pada dia. Selama kami duduk rumah mak mentua, nafkah untuk aku tak ada. Duit dibagi pada ibunya, untuk bayar bahagian kami tinggal di rumah itu.
Bakinya untuk tambang bas suami aku pergi balik kerja dan simpan untuk rumah kami. Kami duduk situ tak free sebetulnya, walaupun aku buat seluruh kerja rumah. Bila tiba musim perayaan, lagiIah aku letih. Letih jiwa dan ragaku.
Aku bersengkang mata masak dari tengah malam buta. Seluruh menu untuk open house, keseorangan sampai pagi. Pagi-pagi biras aku datang dengan anak beranaknya melantak makanan dan tinggalkan macam itu je atas meja. Siapa yang kemas? Mestilah aku.
Biras aku bolehlah datang cantik-cantik harum mewangi. Tebar senyum dan pesona kepada semua tetamu. Sebab dia hanya datang duduk makan, tak perlu bersilat kat dapur. Mak mentua aku nampak itu semua, tapi dia macam membuta.
Yang dapat angpau pun biras aku dari mentua. Aku? Tak layak sebab aku suri rumah. Tak ada keperluan pegang duit. Itu kata mentua aku lah, bukan andaian aku. Yang dapat pujian pun biras aku. Konon pandai jaga badan, tak bau dapur macam aku.
Suami aku banyak diam, dia tak dapat buat apapun masa aku dibuIi oleh mak dia. Hanya meminta aku bersabar. Bukan sepenuhnya salah suami aku, sebab dia memang jenis macam itu. Pendiam. Jiwa aku mulai rasa kosong.
Aku tak sebaik dulu, terutama dalam hal ibadah. Sembahyang ala kadar asal cukup 5 waktu. Amalan-amalan sunnah satu persatu mulai aku tinggalkan. Aku mulai kurang bercakap. Rutin harian aku tetap sama. Bangun pagi sampai tidur balik kena pastikan semua penghuni rumah selesa dan kenyang.
Rumah bersih dan kemas. Kena hadap perangai mak mentua aku yang tak pernah menghargai aku juga. Sejujurnya aku menangis dalam diam. Aku terkenangkan ayah ibu, yang sangat menyayangi aku. Aku tak pernah mengadu keperitan aku d isini.
Bagi aku, biarlah ayah ibu tahu yang aku hidup bahagia. Tak perlu tahu betapa mentaI aku hampir koyak. Aku disahkan mengandung masa tahun ketiga kami menumpang di rumah mentua. Awal mengandung aku mengalami alahan teruk.
Sampai nak bangun katil pun tak dapat. Tapi mentua tak nak faham. Mentua cakap aku ini mengada. Dia mengandung 3 kali tak pernah semalas aku. Dia cakap lah.. Masa ini suami aku dah beli rumah baru sebenarnya, tapi kami belum dapat berpindah.
Sebab mak mentua aku seolah-olah selalu halang secara halus. Pelbagai macam alasan. Tri semester ketiga, kesabaran aku dah sampai pada limitnya. Aku bagi dua pilihan pada suami aku, pindah sekarang juga atau aku angkat kaki dari hidupnya.
Dan aku bagi ugvtan, jika aku yang terp4ksa angkat kaki maka dia tak akan pernah jumpa anak yang dalam perut aku ini. Suami aku terpaksa akur. Kami pindah masa itu juga. Masa melahirkan pun tiba. Maka berpantanglah aku.
Mak mentua taknak tolong walau suami merayu minta mak mentua menolong aku. Setidaknya mengajar aku dan suami aku macam mana nak handle orang pantang dan bayi kecik. Mak mentua tak endah. Beza sungguh layanannya kepada biras aku masa berpantang.
Mak mentua aku menjaga dengan penuh perhatian. Makan minumnya mak mentua yang sediakan. Semakin membuatkan aku sedih apabila mak mentua mengata anak aku macam-macam. Konon bayi aku degil. Tak pandai dengar kata dan menyusahkan sebab kerap tak tidur malam.
Bayi kot.. dah harus pandai dengar cakap orang tua. Mengarut. Rumah aku dan mentua dekat. Suami beli rumah berdekatan rumah mak dia dan abang ipar. Sebab nak sama-sama jaga mentua masa dorang tua. Anak-anak abang ipar duduk dekat rumah mentua.
Zaman aku duduk dengan mentua, aku lah pengasuh tak bergaji pada 3 orang budak ini. Akhirnya berpantanglah aku sendiri. Aku jaga diri sendiri dibantu suami. Ketika ini aku sudah sangat berkecil hati dan terasa hati atas sikap mak mentua aku, sampaikan aku jadi kemurungan.
Satu masa, suami aku terlepas cakap kepada aku. Menggur1s hati aku. Aku tak boleh terima. Sudahlah aku tertekan dengan sikap ibunya, harus bersengkang mata siang malam tak cukup tidur kerana bayi kami jarang tidur malam, pun ditambah mulut suami aku yang mengguris hati.
Entah setan mana yang menunggangi aku, aku meIetup masa itu. Aku tarik baju suami aku, aku tarik rambutnya. Dan aku cakap pada dia untuk tak membuIi aku secara verbal lagi. Aku hajar betul-betul suami aku dengan tali pinggang dia dan penyapu.
Sampai patah jadi dua penyapu itu aku hanyun pada tubuh dia. Aku terlalu emosi. Aku luahkan semua yang terbuku di hati aku, bahawa aku letih dipijak oleh orang tuanya, aku letih dengan sikap diam dia yang bodoh dan menghancurkan aku, aku letih jadi kuIi tak bergaji emaknya.
Suami aku meIawan untuk meIindungi dirinya dari amuukan aku. Membuat aku semakin liar. Rumah kami seketika macam terkena puting beliung. Banyak harta benda musnah akibat dari baIingan aku. Setiap kali dia meIawan, maka aku Iawan dia balik, aku ajar dia, aku lempar barang, aku teriak macam kena rasuk. Aku tak nak mengalah.
Suami aku tergamam dengan sikap buas aku. Aku betul-betul di luar emosi. Aku bagi dia dua pilihan, sama ada pilih mak dia atau aku. Jika pilih mak dia, aku akan hantar dia balik rumah mak dia. Jika dia pilih aku dan anak, aku nak dia tak complain apa yang akan aku buat lepas ini dan selamanya.
Aku paksa dia buat pilihan. Dia pilih aku dan anak. Sejak dari itu, sikap aku pada keluarga mentua aku terutama mak mentua aku berubah. Aku tak nak buat apa-apa kerja untuk mak mentua aku. Jika mak mentua aku berkata kasar, aku menjawab dengan kasar pula.
Jika mak mentua memerli aku, aku terus direct sound mak mentua. Duit dari suami aku pun aku stop. Aku yang tentukan limit berapa dan bila suami aku boleh bagi pada maknya. Kalau nak bagi pun, aku pastikan melalui tangan aku, bukan tangan suami aku.
Aku cakap depan-depan dengan mak mentua untuk berurusan dengan aku jika melibatkan duit suami aku, jangan ganggu suami aku bab duit. Suami aku macam manusia normal la, awal mulanya bangkang, buat muka dekat aku.
Gaduh jugak la kami laki bini. Tapi aku dah kebal. Aku kuatkan hati. Ko buat aku, aku buat ko. Nak terus rumahtangga ini, ikut cakap aku. Ko nak tadbir rumah tangga ini, aku 100% sedia menghambakan diri. Tapi pada masa yang sama, aku nak kesihatan mentaI aku terjaga.
Besarkan anak-anak tanpa meIukai pasangan. Apa yang boleh meIukai pasangan, kena dihalang bersama. Kena bagi kerja sama. Tak nak ikut syarat ini, cerai. Itu sahaja aku mampu pikir dan buat. Pernah juga aku tangkap basah mak mentua aku sedang berusaha cuci otak suami aku.
Mengata aku di depan suami aku. Konon aku isteri yang kurang ajar berani nak mengatur kewangan suami padahal aku hanya surirumah yang duduk rumah goyang kaki. Aku sergah masa tu juga mak mentua di depan suami aku.
Aku cakap untuk kutip anaknya balik kalau anaknya nak, dan jangan sesekali berani nak mengata aku lagi depan anaknya selagi aku masih bini sah dari anaknya. Merah padam muka mak mentua aku, mungkin dia tak sangka aku boleh seberani itu.
Ya, aku akui aku memang kurang ajar dan berani cakap direct depan-depan tanpa tapis. Aku dah tak nak pendam perasaan sorang-sorang. Tak nak makan hati ulam jantung fikir perangai orang pada aku. Walaupun orang itu lebih tua dari aku. Mentua aku sendiri.
Aku berusaha menjadi sebaik-baik isteri, layanan yang terbaik aku bagi pada suami. Perut suami dan anak-anak aku selalu jaga. Berjimat cermat. Bab rumah dan urusan anak, kami buat bersama-sama. Masa suami kerja, urusan rumah dan anak sepenuhnya aku handle.
Aku tak nak kacau suami dekat ofis. Suami tolong apa yang patut masa cuti dan sepulang kerja. Mak mentua marah masa tau, fikir yang aku kuIikan anak dia. Tak layan anak dia macam raja. Direct aku jawab supaya tutup mulut dan jangan campur hal rumahtangga aku.
Ini rumahtangga aku, pakai cara aku. Bukan rumahtangga dia. Ya.. aku cakap macam itu kepada mak mentua aku. Aku kerap di pulau oleh mak mentua, terutama masa perayaan. Anak-anak aku pun dapat tempias yang sama.
Aku tak peduli. Masa raya aku tetap datang bertandang, hanya datang duduk makan. Tak nak buat apa-apa kerja atau tolong di dapur. Sekuat apapun aku mengabdi sampai habis tenaga aku, kalau orang tak suka tetap tak suka.
Aku tak nak paksa hati orang lagi. Aku dah tak selekeh. Aku dah boleh jadi kemas dan wangi. Boleh bergambar sakan dengan suami dan anak-anak aku masa raya. Boleh makan dengan tenang tanpa perlu fikir pinggan cawan bekas tetamu kat dapur kena dicuci cepat.
Ya, aku tetap boleh telan makanannya walau aku dipulau. Dan anak-anak aku pun tak seberapa dilayan. Aku butakan mata aku dan cekalkan hati aku setiap tengok rumah mentua bersepah. Pandai-pandailah dia atur sendiri.
Itu rumah dia. Party dia. Tak perlu aku sibuk memperbetulkan keadaan. Aku boleh menolak dan menjawab “Tidak” masa ibu mentua menyuruh aku buat kerja-kerja rumah dan dapur dia. Dia selalu bagi arahan, suruh aku buat. Dan jawapan aku tetap sama : “tidak”.
Begitu juga masa ibu mentua menyuruh suami aku, dengan tegas aku halang. Sebab itulah jika musim perayaan terutama raya atau ada jamuan makan-makan apapun di rumah mentua, aku pastikan aku ikut suami aku. Aku tak nak dia menjadi hamba menggantikan aku.
Ya, memang aku berkira dan kurang ajar sebab selama aku menjadi menantunya, sekalipun aku tak pernah melihat abang ipar, biras ataupun anak-anak mereka membantu kerja-kerja di rumah mentua aku. Mereka bossy.
Berlagak sebagai boss dan mengkuIikan mentua aku. Apakah abang ipar dan biras rutin hulur wang bulanan kepada mentua aku? Tidak. Mentua yang hulur wang bulanan kepada biras dan abang ipar aku. Fikir aku, jika abang ipar aku diintan payungkan, maka mentua aku tak berhak mengkuIikan suami aku.
Anugerah “menantu derhaka” telah pun berjaya aku sandang. Aku tau yang dia ibu suami aku. Aku tak boleh putuskan hubungan suami aku dan keluarganya. Aku pun tak ingin menderhaka macam ini. Tapi aku tak ada pilihan.
Aku tak nak pilih pada pilihan yang menyusahkan aku demi kebahagian dan senyuman orang lain. Aku masih sembunyikan hal-hal macam ini dari anak-anak aku. Pandai-pandailah aku cover. Mereka tetap merasa disayang oleh keluarga suami walaupun jarang dilayan dan disisih.
Jadi anak-anak aku tak membenci atuk dan nenek dorang. Mereka masih kecil. Suatu saat mereka akan tau sendiri dan boleh menilai sendiri keadaan yang terjadi. Aku tau kadang-kadang suami aku pun pening tengok perangai aku yang macam ini.
Nak tegur aku lebih-lebih pun tak dapat. Sebab aku jalankan tanggungjawab aku sepenuhnya tanpa merungut sebagai ibu dan isteri. Dan aku tak pernah halang dia berjumpa keluarganya. Setiap perayaan pun aku selalu mendampingi untuk bertandang.
Aku tak tau pengajaran apa yang aku boleh tuliskan dekat sini. Pandai-pandai korang la ye untuk ambil iktibar dari kisah aku. Apa yang baik, ambillah. Yang buruk, tinggalkan. Kalau kisah aku ini mengandungi keburukan yang banyak, maka doakanlah aku supaya aku kembali ke pangkal jalan dengan hati rela. Aku terpaksa menderhaka macam ini… – Penderhaka (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norafiza Mazlan : Mula-mula baca sakit dada.. gerammm.. Bila hujung-hujung rasa puas hati. Buatlah baik macam mana pun tetap dibalas buruk. Sampai bila kan. Lama-lama boleh mentaI gini akhirnya bertindak di luar kawalan. Tahniah confessor boleh fikir dengan waras walaupun dalam keadaan tertekan. Tak semua berjaya keluar dari situasi macam awak lalui. Dan suami pun bagus bagi kerjasama untuk kebaikan rumahtangga.
Nur Syahira : Orang bujang kalau baca ni mau terbatal niat nak berumahtangga. Lagi-lagi perempuan. Moga Allah jauhkan anak perempuanku dari lalui situasi macam ni. Sakitnya hati orang tua perempuan bila tau apa yang dilalui anak dia lepas kahwin kalaulah sama macam kes ni.
Seeloknya ambil cara baik, pulangkan jelah cara baik. Dari dera emosi si isteri. Kesiannya dibuIi keluarga mertua macam tu. Memang kalau tak berharta orang nampak kita macam sampah ya ?
Muhamad Arif Lutfi : Aku selalu tak faham bila suami tak izinkan isteri bekerja. Ada yang memang kerja sebab nak duit semata-mata, tapi kalau dia ada impian nak bina kerjaya dia, atau dia ada impian nak berbakti semula macam jadi doktor atau pensyarah macam mana?
Kenapa perlu halang isteri sendiri bekerja? Kalau isteri yang minta tak nak kerja, tu dah jadi lain pula. Kita patut support mereka untuk berkerjaya supaya sekiranya si suami mati, isteri masih boleh teruskan hidup seperti biasa. Haih.
Baca Selanjutnya :