Jadi ‘Jutawan segera’ selepas jual tanah, belasan kereta mewah yang dibeli rosak sebab tak pandai pandu

Jadi ‘Jutawan segera’ selepas jual tanah, belasan kereta mewah yang dibeli rosak sebab tak pandai pandu

Pada awal minggu lalu, tular satu rakaman video menunjukkan penduduk di sebuah perkampungan Indonesia telah membeli kira-kira 176 buah kereta baru di Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban.

Rata-rata penduduk di situ merupakan petani telah mendapat wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Rusia.

Jumlah wang pampasan yang diterima oleh penduduk kampung sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) sehingga 26 billion rupiah (RM7.5 juta) bergantung pada saiz jumlah tanah yang mereka ada.

Namun kegembiraan ‘jutawan-jutawan segera’ yang memiliki kereta mewah tidak bertahan lama kerana belasan kereta mewah tersebut mengalami kerosakkan akibat kemalangan.

Punca kemalangan itu berlaku kerana mereka tidak pandai lagi memandu kereta.

Menurut Arie Soerjono, Pengurus Bahagian Auto 2000 Tuban mengatakan bahawa hingga kini sudah ada 15 buah kereta dari penduduk Kampung Sumurgeneng telah mengalami kemalangan.

Jadi ‘Jutawan segera’ selepas jual tanah, belasan kereta mewah yang dibeli rosak sebab tak pandai pandu

Rata-rata kereta yang sedang dibaiki merupakan model Toyota dan kemalangan tersebut tidak berlaku di jalan raya, tetapi ia berlaku di kawasan jalan kampung setempat mereka.

Seperti contoh, pemandu melanggar ruangan garaj ketika mahu mengundur kereta mereka kerana tidak pandai memandu.

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/hanya-sebab-tidak-pandai-memandu-belasan-kereta-baru-milik-jutawan-segera-rosak/

BACA JUGA :

KEJAM !!! Pasangan suami isteri cungkil mata anak kerana sering dengar bisikan ghaib
Suri rumah bunuh suami guna parang gara-gara dituduh curang
Ini sebab mengapa wanita tiada dara pada malam pertama..

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )