KURANG menerima tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadan ini, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan memilih untuk berehat di kampung halamannya.
Tidak mengeluh kurang tawaran kerja, Jalaluddin, 70, sebaliknya bersyukur kerana dapat memberikan fokus melakukan ibadah di bulan Ramadan ini.
“Saya rasa tahun ini Allah nak saya berehat, bulan ini saya kurang tawaran berlakon jadi duduk di kampung halaman pun tak apa dapat imarahkan lagi bulan ini.
“Alhamdulilah saya rasa sangat tenang dan seronok sebenarnya, segala perjalanan karier seni ini semuanya ditentukan oleh Allah, jadi bila tak ada tu saya tahu tuhan minta saya untuk berehat seketika.
“Tawaran tu ada saja tapi tertunda, saya percaya ini semua ketentuan Allah dan saya reda dan okay saja,” kata Jalal
Baca juga: Rakyat terima STR Fasa 2