[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Jangan amalkan 5 perkara ini waktu cuci kereta. Perlukah lap badan kereta selepas dicuci atau lebih baik biarkan kering begitu saja ditiup angin dan disejat cahaya matahari? Apakah cara terbaik mencuci kereta? Adakah bahagian tayar perlu dibasuh terlebih dulu sebelum mencuci bahagian kereta lain seperti bumbung, bampar atau cermin? Ataupun sebaliknya? Jangan amalkan, jangan, amalkan, 5 perkara, waktu cuci kereta, cuci kereta, semasa cuci kereta, lap kereta, cara cuci kereta, cara terbaik cuci kereta, cara terbaik mencuci kereta, cara mencuci kereta, cara mencuci kereta dengan betul, mencuci bahagian kereta, mencuci bahagian dalam kereta, bumbung kereta, bampar, bampar kereta, cermin kereta, cara mencuci kereta agar bersih, cara mencuci kerusi kereta, cuci kereta near me, cuci kereta banting, cuci kereta banjir, cuci kerete automatik near me, cuci kereta bangi, cuci kereta klang, cuci kereta shah alam, cuci kereta luar dalam, cuci kereta terdekat. tips penjagaan kebersihan kereta, tips kereta bersih.[/bg_collapse]
Jangan amalkan 5 perkara ini waktu cuci kereta. Perlukah lap badan kereta selepas dicuci atau lebih baik biarkan kering begitu saja ditiup angin dan disejat cahaya matahari? Apakah cara terbaik mencuci kereta? Adakah bahagian tayar perlu dibasuh terlebih dulu sebelum mencuci bahagian kereta lain seperti bumbung, bampar atau cermin? Ataupun sebaliknya?
Mungkin ini persoalan yang bermain dalam fikiran anda? Lebih-lebih lagi mereka yang baru saja beli atau dapat kunci kereta.
5 perkara yang patut anda elak ketika mencuci kereta:
1. GUNA SPAN, KAIN BURUK ATAU TUALA BIASA
Span mungkin sesuai untuk mandi atau mencuci pinggan. Namun, itu bukan pilihan terbaik untuk mencuci kenderaan, lebih-lebih lagi apabila kereta disembur sabun hingga berbuih. Pilihan paling terbaik ialah kain jenis mikrofiber dan span. Di pasaran, sarung tangan khas daripada kain mikrofiber.
Mikrofiber ialah kain lembut yang diperbuat daripada polimer fiber. Ini pilihan terbaik untuk mencuci kereta kerana mudah menyerap dan mampu melakukan cucian lebih bersih. Sarung tangan mikrofiber juga lebih murah dan boleh beli lebih daripada sepasang.
Jangan sesekali guna tuala untuk mengelap badan kereta. Material terbaik ialah kulit chamois (spesies kambing-antelop yang hidup di pergunungan). Ada dua jenis produk chamois di pasaran, iaitu kulit asli dan kulit sintetik.
Pilihan paling ideal ialah kulit asli kerana ada daya serapan kelembapan lebih baik, dan tidak menjejaskan cat kereta. Chamois sintetik pula diperbuat daripada PVA dan mampu menyerap lebih banyak kelembapan berbanding kulit asli. Produk ini juga lebih murah dan tahan lama.
Jika tidak mahu guna kulit haiwan atau sintetik, boleh gunakan tiupan angin daripada vakum atau alat hembus daun untuk menembak udara panas bagi mengeringkan air pada badan kereta. Sanggup ke?
2. CUCI DARI BAWAH KE ATAS
Bukan hal sains roket pun, cuma konsep mudah graviti. Jika mencuci dari bawah ke atas, anda sebenarnya sengaja membenarkan air kotor mengalir ke bawah, iaitu bahagian kereta yang sudah dicuci. Cara sebenar, cucilah dari atas ke bawah. Cara ini membolehkan air kotoran mengalir ke tanah tanpa menjejaskan bahagian atas yang sudah dicuci.
3. BIARKAN AIR KERING DITIUP ANGIN
Benar, cara paling murah ialah biarkan saja air mengewap secara semula jadi. Bagaimanapun, teknik ini akan meninggalkan kesan tompokan air pada badan kereta hingga memburukan rupa kereta. Kaedah terbaik, terus lap kereta selepas dibilas dengan air.
4. HANYA GUNA SEBALDI AIR
Jika guna sebaldi air, anda sebenarnya sedang memindahkan semula kotoran yang dicuci pada kereta. Malah, anda berisiko mencalarkan cat kereta kerana kotoran mungkin mengandungi pasir atau batu halus daripada rim atau tayar. Sebaiknya, gunalah tiga baldi air ketika mencuci, iaitu untuk air sabun, air bilasan dan air cucian roda.
5. BASUH KERETA TENGAH HARI ATAU PANAS TERIK
Baca:
Aksi dua katak kecil berpelukan dibawah kuntuman bunga
“Tak best pun jadi macam aku”, Shuk Sahar jawab komen ‘tips’ curang di live TikTok
Murid darjah tiga dapat surat cinta berunsur ‘lucah’, bila bapa tengok terus mengamuk