Jangan tak percaya, ramai keliru PERKESO dan SOCSO, wajib baca kalau tidak mahu rugi lagi

Jangan tak percaya, ramai keliru PERKESO dan SOCSO, wajib baca kalau tidak mahu rugi lagi. Tanya je sesiapa, konfem ramai tahu apa fungsi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Cuba try tanya pasal Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau SOCSO pulak – mesti ada yang masih tak tahu.

Entah-entah ada yang tak perasan pun korang carum gaji bulanan tu ke PERKESO. Ish, ish, tak patut, tak patut…

Ni kami nak explain apa sebenarnya korang bayar bulan-bulan tu. Jom tengok apa fungsi PERKESO ke rakyat-rakyat marhaen cam kita ni. Jap, apa sebenarnya manfaat PERKESO ni?

Dia camni – PERKESO ditubuhkan untuk bagi bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit. Lagi-lagi, bila kejadian tu kurangkan kebolehan diorang bekerja. PERKESO pun offer jugak bantuan pada ahli tanggungan pekerja melalui pencen sekiranya berlaku kematian.

Kalau nak tahu, faedah-faedah bawah skim ni dibahagikan kepada tiga iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan dan Skim Bencana Kerja Pekerja Asing.

Skim Bencana Pekerjaan:

Skim ni beri perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja.

Faedah Perubatan

Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Kekal
Elaun Layanan Sentiasa
Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
Faedah Orang Tanggungan
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pendidikan

P/s: Satu lagi perkara penting yang korang kena ingat adalah walaupun pekerja sudah berhenti buat caruman pada PERKESO, diorang ni masih dilindungi. Asalkan cukup syarat. Ya lah, dah penat buat caruman, takkan tak dapat pape.

Skim Keilatan:

Skim ni lindung pekerja yang hilang upaya/meninggal dunia atas sebab yang takde kaitan dengan kerja. Senang citer, keilatan adalah bila pekerja uzur dan tak mampu capai satu pertiga dari keupayaan yang dulu – boleh jadi kekal dan tak boleh sembuh.

Faedah-faedah bawah skim ni adalah:

Pencen Ilat
Bantuan Ilat
Elaun Layanan Sentiasa
Pencen Penakat
Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional/Return To Work (RTW)/Dialisis
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pendidikan

In case korang tak tahu, pencen penakat ni pun penting bagi yang fikir pencen akan stop selepas pekerja meninggal dunia. Dengan skim ni lah, ahli keluarga tanggungan boleh mohon pencen diteruskan kepada mereka.

Skim Bencana Kerja Pekerja Asing:

Skim ni pulak lindung pekerja asing di Malaysia kecuali pembantu rumah. Caruman bagi skim ni ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan dibayar setiap bulan oleh majikan.

Faedah bagi skim ni adalah:

Faedah Perubatan
Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Kekal
Faedah Orang Tanggungan
Faedah Pengurusan Mayat
Elaun Layanan Sentiasa
Kemudahan Pemulihan (kecuali Dialisis, Vokasional & RTW)

Kalau kerja sendiri, tak dapat skim PERKESO ke?

Pada tahun 2017, PERKESO perkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Skim ni pun dah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.

Yang bagusnya pasal skim ni, korang boleh pilih untuk nak bayar caruman secara bulanan atau tahunan. Memang ikut kemampuan korang. Kalau tak mampu, boleh slow-slow simpan duit dalam setahun tu. Bagus betul, kalau camtu!

Siapa je yang layak untuk skim ni?

Warganegara Malaysia/permastautin (tanpa kira umur)
Individu yang mencari nafkah dengan kerja sendiri

Antara faedah dalam skim ni adalah:

Faedah Perubatan
Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Kekal
Faedah Orang Tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa
Faedah Pengurusan Mayat
Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
Faedah Pendidikan

PERKESO ada Pemeriksaan Kesihatan Percuma jugak?

Eh, ada! PERKESO akan bagi baucar pemeriksaan kesihatan percuma pada orang berinsurans PERKESO. Cuma, syarat dia adalah korang masih aktif kerja dan berumur 40 tahun ke atas.

Ni apa yang korang perlu tahu sal program ni:

Boleh check kat klinik yang berdaftar dengan portal sehat PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan
Majikan akan edarkan baucar ke pekerja-pekerja yang berkaitan
Ada dua jenis baucar:
(1) Baucar saringan kesihatan untuk lelaki dan wanita
(2) Baucar tambahan untuk pemeriksaan mamogram bagi wanita

Tak dapat nafikan yang program ni memang berguna. Ya lah, tahu tak Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO yang buat swab test untuk check dapat Covid-19 ke tak? Haa, dia cam sambungan dari pemeriksaan kesihatan percuma ni lah!

Wajib ke semua buat caruman PERKESO?

Kalau korang kerja kat syarikat swasta, wajib. Siap kena daftar dalam 90 hari lepas korang start kerja. Kalau majikan gagal daftar dan buat caruman, diorang dikira langgar undang-undang kot!

Caruman PERKESO ni jadi tak wajib bila korang dah berpendapatan RM3,000 ke atas. Kalau belum capai lagi, nak tak nak, kena gak buat caruman!

Walaupun camtu, ahli PERKESO yang dah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya dah lebih dari RM3,000.

Berapa je korang kena carum ke PERKESO?

Sebelum admin jelaskan lebih lanjut, korang kena tahu dulu PERKESO ada dua jenis caruman – Caruman Jenis Pertama dan Caruman Jenis Kedua.

Jenis Pertama : Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan

Pekerja yang belum berumur 60 tahun dicarumkan bawah kategori ni
Kadar sumbangan skim ni hanya 0.5% dari gaji bulanan, majikan kena 1.75%

Jenis Kedua : Skim Bencana Pekerjaan Sahaja

Pekerja berumur 60 tahun ke atas dan masih bekerja
Pekerja baru berumur 55 tahun akan carum bawah kategori ni
Majikan je akan carum dalam skim ni, iaitu sebanyak 1.25% dari gaji pekerja

Kalau nak lagi clear, boleh tengok table kat bawah ni…

(jadual)

Katakan korang kerja sendiri, cam admin sebut tadi – boleh pilih nak bayar setiap bulan atau setiap tahun. Contoh lah kan, pendapatan bulanan korang adalah RM2,500. Kalau carum setiap bulan, hanya perlu bayar RM31.25 je. Kalau setiap tahun, kena bayar RM375.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat website PERKESO.

Sebagai pencarum, kita patut ambik tahu segala benda ni. Dah kita bayar bulan-bulan, hak kita lah kan? Tak guna, rugi kot – lagi-lagi benda free. Sebab tu, jangan sesekali lepaskan kelebihan ni!

Korang tu, jangan baca je. Share sekali artikel ni dengan family ngan member korang. Biar semua dapat manfaat!

BACA JUGA:

Dibenarkan tangguh, namun keputusan mahkamah penjara sebulan adalah dikekalkan

November ke Disember, kini ke Jun 2023, kes rasuah solar hibrid Rosmah Mansur

Strong, formidable, convincing, kini bukan lagi bahan ejekan, tetapi tanda keunggulan PMX