Jawapan bertulis Kementerian Kewangan macam budak gagal peperiksaan

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan macam budak gagal peperiksaan

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan Kementerian Kewangan kerana didakwa tidak menjawab soalan yang dikemukakan secara bertulis pada persidangan Parlimen, hari ini.

Dalam hantaran di Twitternya, Akmal dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan berhubung pertanyaan mengenai jumlah tender yang diberikan secara rundingan terus oleh kementerian sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat, tahun ini.

“Kalau ini jawapan peperiksaan, memang gagal la,” katanya dalam ciapan tu.

Jawapan bertulis Menteri Kewangan macam budak gagal peperiksaan

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan berhubung pertanyaan mengenai jumlah tender yang diberikan secara rundingan terus oleh kementerian sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat, tahun ini.

Dalam jawapan balas itu, Kementerian Kewangan menjelaskan ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Ordinan Darurat bermula Januari hingga 15 September sebanyak 24,342 tawaran sebut harga, 2,606 tender telah diiklankan manakala 14,767 surat setuju terima (SST) dengan nilai perolehan keseluruhan RM46.3 bilion.

Agensi kerajaan perlu membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi pengecualian tatacara perolehan kerajaan semasa termasuk pelaksanaan perolehan secara rundingan terus melibatkan kesegeraan atas kepentingan awam.

Ciapan itu turut mendapat maklum balas orang ramai kerana mereka mendakwa Kementerian Kewangan tidak menjawab soalan asal.

Ada juga warganet menganggap jawapan diberikan kementerian itu sekadar untuk menyelamatkan diri.

BACA JUGA :
Pemenang pingat olahraga dunia Quinonez mati ditembak
Ini syarat tidak mahu divaksin tapi nak mohon sijil – KJ
Kajian dedah wanita berumur 53 tahun paling menikmati hubungan intim