JDT tewas 0-3 ditangan Zenit

JDT tewas 0-3 ditangan Zenit

Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup aksi pramusim mereka di Dubai dengan kekalahan apabila tunduk 0-3 kepada juara Liga Russia, Zenit St Petersburg, sebentar tadi.

Zenit tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyudah Rodrigo pada minit ke-10 sebelum seorang lagi pemain dari Brazil, Malcom menambah gol kedua, lima minit kemudian.

Pemain tengah, Danila Kozlov terus mengukuhkan kedudukan buat Zenit apabila meledak gol ketiga pada minit ke-31.

Safiq Rahim melepaskan peluang keemasan untuk meledak gol pertama JDT apabila gagal menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-87, sekali gus Harimau Selatan terpaksa akur tewas 0-3.

JDT sebelum ini mengharungi empat perlawanan di Dubai dengan tewas 0-2 kepada FC Rostov pada aksi pertama sebelum menang 3-0 dan 1-0 ke atas Fursan Hispania dan Lokomotiv Moscow.

Sementara itu, satu lagi aksi persahabatan JDT ketika berdepan Levski Sofia ditamatkan lebih awal susulan pergaduhan pemain.

BACA JUGA:

Susah nak kejutkan anak waktu pagi, kan mommies? Hah, berikut ada 6 tips menceriakan pagi anak-anak

Angka kematian meningkat kepada 3,830, gempa bumi susulan di Turkiye, Syria semalam

Permainan lato-lato perlu disekat di sekolah