Pada awal minggu ini tular kisah sebuah jenama pakaian tempatan didakwa ‘menunggang’ isu rumah tangga Umisya Mazlan dengan memuat naik video promosi di akaun TikTok.
Pada masa sama jenama pakaian itu tidak memberitahu Umisya bahawa suami dan madunya, Aslam dan Marissa turut menjadi model jenama tersebut.
Perkara itu telah menyebabkan kakak Umisya, Nadiah Mazlan mengecam tindakan tersebut kerana mengambil kesempatan ke atas krisis rumah tangga adiknya.
Terbaharu, netizen ‘meraikan’ kehilangan akaun TikTok milik jenama pakaian terbabit selepas dinyahaktifkan. Kehilangan akaun itu didakwa selepas laporan dibuat oleh pengguna TikTok.
Menurut netizen, tindakan itu merupakan satu cara untuk mengajar jenama-jenama produk supaya tidak sewenang-wenangnya ‘menunggang’ isu orang lain untuk menaikkan populariti jenama sendiri.
Pada masa sama tindakan report akaun TikTok itu juga sebagai pengajaran buat para founder jenama pakaian lain supaya tidak memilih individu-individu bermasalah untuk membuat marketing murahan.
Terdahulu, kakak Umisya, Nadiah Mazlan telah memuat naik beberapa IG Story mendakwa adiknya itu telah dipergunakan oleh jenama pakaian terbabit.
Beliau tampil menyelar jenama pakaian itu yang tiada common sense sanggup mempergunakan adiknya untuk promosi baju raya.
Jelasnya, Umisya langsung tidak mengetahui suami dan madunya, turut membuat pengambaran untuk jenama pakaian yang sama.
Umisya hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas jenama pakaian memuat naik gambar madunya.
Nadiah turut meminta jenama pakaian memohon maaf kepada Umisya kerana melukakan hati adiknya yang sudah terluka.
Baca juga: “Aku menyesal kahwin duda anak satu, kena paksa sara anak tiri, mentua pulak masuk campur”