Jenayah penuh tragis di Tahun Baru, kaum wanita wajar ambil iktibar pertingkat kewaspadaan dan keselamatan diri

Jenayah penuh tragis di Tahun Baru, kaum wanita wajar ambil iktibar pertingkat kewaspadaan dan keselamatan diri. Seorang wanita yang mayatnya diseret lebih 11 kilometer (km) selepas sebuah kereta melanggar skuternya merupakan mangsa jenayah yang jarang berlaku, demikian menurut Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal seperti dilaporkan portal berita Daily Star semalam.

Mayat wanita itu yang hampir bogel ketika ditemui, membawa kepada spekulasi bahawa dia adalah mangsa serangan seksual pada hari pertama Tahun Baharu 2023.

Namun, polis di New Delhi percaya dia adalah mangsa kemalangan tragis dan pakaiannya telah koyak rabak. Mangsa diseret sejauh 12 km ketika kereta tersebut melalui jalan-jalan di bandar raya tersebut.

Timbalan Komisioner Polis Delhi, Harendra Singh memberitahu akhbar New Indian Express bahawa orang awam telah menghubungi Balai Polis Kanjhawala pada pukul 3.24 pagi (waktu tempatan) untuk melaporkan tentang sebuah kereta yang mempunyai mayat terikat di bawah badan kenderaan tersebut.

Singh berkata, usaha berterusan dilakukan untuk mengesan kenderaan itu melalui sekatan jalan raya di laluan yang dijangka akan dilalui kereta tersebut.

Pada pukul 4.11 pagi (waktu tempatan), hampir sejam kemudian, satu lagi panggilan dibuat ke Balai Polis Kanjhawala melaporkan tentang penemuan mayat wanita separuh bogel dan cedera parah.

“Pasukan jenayah merakam gambar kawasan itu dan mengangkat semua eksibit (mayat) dari tempat kejadian,” kata Singh sambil menambah, jasad wanita itu telah dibawa ke bilik mayat hospital SGM di Mangolpuri.

Lima lelaki yang menaiki kereta Suzuki Maruti Baleno keluaran tempatan telah ditahan berhubung kejadian itu, kata polis.

Lima penumpang kereta itu dikenali sebagai Deepak Khanna, Amit Khanna, Krishan, Mithun dan Manoj Mittal dengan masing-masing berusia antara 25 hingga 27 tahun.

BACA JUGA:

Malaysia kutuk Israel sekeras-kerasnya ceroboh Masjid al-Aqsa

Bung mengalu-alukan keputusan PMX dan kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat negeri ini.

Kekurangan oksigen, lelaki berketurunan Siam ditemui dan dibawa ke hospital