JERMAN: Dua maut, lima cedera akibat serangan pisau.
Dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di utara Jerman pada Rabu.
Menurut Xinhua, seorang lelaki menyerang penumpang dengan pisau di dalam kereta api yang dalam perjalanan dari Kiel ke Hamburg kira-kira 3 petang waktu tempatan sebelum tiba di stesen Brokstedt.
Dia ditangkap tidak lama selepas itu, kata jurucakap polis.
Stesen itu kemudiannya ditutup oleh polis untuk membolehkan perkhidmatan kecemasan meneruskan kerja.
Pengendali kereta api milik negara Jerman Deutsche Bahn mengumumkan di Twitter bahawa akan ada pembatalan perjalanan kereta api antara Hamburg, Kiel dan Neumuenster.
Jurucakap polis di Itzehoe, sebuah bandar berhampiran Brokstedt, berkata mereka masih menunggu butiran lanjut.
BACA JUGA :
Perlu minta kelulusan EIA sebelum lakukan pembalakan di Hutan Simpan
Setiausaha Akhbar Rafizi, pembantu Young Sefura dipanggil untuk beri keterangan kepada polis
Lee Zii Jia mulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan kemenangan