“Jika itu takdirnya…” Puteri Sarah akhirnya pasrah…

“Jika itu takdirnya…” Puteri Sarah akhirnya pasrah…Berkenaan pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, terdahulu Datuk Yusof Haslam sendiri pernah menyuarakan kesedihan selain berharap agar pasangan itu menemui jalan damai.

Baru pulang sekitar Mei lalu selepas mengerjakan umrah, akhirnya ibu 2 anak tersebut tampil berkongsikan suara hatinya secara umum.

Lepas balik umrah, sebenarnya Sarah nak tenang-tenang je…Sarah malas nak bising-bising

Dalam perbualan dengan portal mStar sebentar tadi, Puteri Sarah menjelaskan dia sebenarnya mahu lebih tenang selepas berpeluang mengerjakan ibadat tersebut. Namun tanpa diduga, Allah sekali lagi mengujinya dengan penularan khabar angin berkaitan suaminya sudah bertunang dengan pihak ketiga terbabit.

Apa yang jadi lepas ini, itulah takdir…Sarah dah bersedih 4 tahun lepas, takkan nak berlarutan?

"Jika itu takdirnya..." Puteri Sarah akhirnya pasrah...

Selepas 4 tahun bertahan dengan kemelut itu, dia seakan-akan memberikan gambaran enggan lagi berterusan duduk dalam situasi sebegitu. Ditanya mengapa dirinya nampak ‘ikhlas’ selepas menerima DM pemberitahuan kononnya Ira Kazar sudah berkahwin dengan suaminya, Puteri Sarah cuma berkata dia telah pun berlapang dada dengan apa juga takdir ditetapkan oleh Allah di masa depan.

Ke mana hala tuju, Sarah ikut saja…Yang penting sekarang adalah anak-anak

Apa jua yang berlaku nanti, dia cuma berharap agar pengarah terkenal itu tidak mengabaikan tanggungjawab terutamanya buat 2 orang anak mereka. Menyebut tentang tindakan sivil yang akan dikenakan terhadap wanita itu atas pertuduhan gangguan privasi selama 4 tahun, Sarah mengesahkan ia tetap akan diteruskan.

BACA:

Lepas kalah saman, Amber Heard dilihat ‘shopping’ di kedai murah

Rugi RM1 juta : Pengusaha Durian King ‘terduduk’, buah kena serang penyakit

Proton bakal hentikan tempahan, ini puncanya