Jika Khalid Di Gelar Pedang Allah, Maka Sanusi Layak Di Gelar Harimau Utara

SANUSI anak orang kampung di Sik, pernah bermasalah di sekolah akibat daripada kemiskinan keluarga beliau tapi kemudian beliau bangkit dan berubah. Beliau menyerlahkan bakat di sekolah dalam kokurikulum dan akademik seterusnya layak ke USM.

Sanusi di USM terus mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang seperti sukan, kepemimpinan, ketenteraan, akademik dan sahsiah.

Di sini beliau sangat rapat dengan Professor Shahnon Ahmad. Selayaknya beliau yang turun berceramah berjumpa mahasiswa untuk berkongsi rahsia kehidupan pelajar yang berjaya dalam semua bidang seperti sukan, akademik, masjid, kepemimpinan dan Palapes.

Sanusi seterusnya terpilih sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Azizan Razak Menteri Besar Kedah yang pertama daripada PAS.

Beliau menunjukkan komitmen yang tinggi serta kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Azizan Razak yang ketika itu dilanda kemelut perang saudara di dalam parti.

Walaupun PAS kalah semasa PRU13 namun ia tidak patahkan semangat beliau untuk bekerja keras memberikan sumbangan kepada PAS dalam hampir semua program kemasyarakatan dalam dan luar negara.

Sanusi kembali dalam PRU14 dan memenangi DUN Jeneri. Beliau kemudian dipilih sebagai Ketua Pembangkang semasa Mukhriz sekali lagi terpilih sebagai Menteri Besar Kedah daripada PH.

Namun Mukhriz terpaksa menyerah kuasa Menteri Besar pada Mei 2020 setelah hilang kepercayaan ADUN Kedah. Kepemimpinan tertinggi PAS memberikan amanah dan kepercayaan yang tinggi kepada pemimpin muda seperti Sanusi untuk memimpin Kedah berdasarkan kepada pengalaman beliau sebelum ini.

Di tengah-tengah keributan serangan COVID-19 yang menyebabkan seluruh negara terkesan akibat daripada PKP, Sanusi tetap terus menerajui Kedah meredah kesusahan dan kesukaran derita rakyat.

Pelbagai bantuan dan program dirangka untuk membolehkan rakyat Kedah merangkak keluar seterusnya berdiri berusaha bersama-sama membangunkan keluarga, komuniti dan negeri ke arah yang lebih baik.

Sanusi rubbishes claim he is building a RM40b port in Langkawi | Malay Mail

Baca : POLITIK : PN Selangor Bakal Umum Calon PRN Selangor 22 Julai

Seterusnya Sanusi dengan genius ekonomi dan bijak politik tidak langsung melenyapkan projek-projek lama sebaliknya diperbaiki dan dilaksanakan jika ia beri manfaat kepada rakyat Kedah. Hasilnya pelaburan Kedah melonjak tinggi menjadikan rekod dalam sejarah Kedah.

Sanusi terus gigih menggerakkan segala jentera kerajaan negeri untuk membantu ekonomi rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19 yang baru pulih. Malah beliau juga memulihkan SADA dan KFA daripada belenggu hutang yang berpunca ketidakcekapan pengurusan PH sebelum itu.

Sanusi dengan berani menawarkan Langkawi sebagai eksperimen pelancongan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.

Beliau seterusnya agresif naik dan turun ke Putrajaya untuk memastikan kerajaan Pusat ketika itu bukan sahaja meluluskan projek impak tinggi Kedah sebaliknya turut sama memberikan sokongan untuk menjayakan KXP sebagai the game changer dalam NCER iaitu Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Juga tidak tertinggal untuk serius meningkatkan keperluan asas rakyat seperti jalan dan bekalan air. Isu bekalan air yang gagal diuruskan BN dan PH sebelum itu berjaya dilaksanakan dalam 3 tahun pentadbiran Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah.

Kesungguhan Sanusi membangunkan Kedah mula dirasai rakyat dengan Sanusi seterusnya menguar-uarkan wawasan beliau The Greater Kedah. Sanusi mula digambarkan sebagai ancaman kepada negeri-negeri lain sebagai usaha untuk mematikan watak karismatik beliau.

Projek KXP adalah satu projek paling utama untuk mengangkat Kedah keluar daripada status negeri miskin. Namun kejayaan KXP kelak akan bawa dua ancaman kepada kerajaan Pusat yang diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, kejayaan KXP akan berikan reputasi yang baik kepada Kedah dan ini boleh menggugat Pulau Pinang sebagai kuasa utama ekonomi di Utara. Situasi ini juga boleh menggugat DAP sebagai kerajaan negeri di situ.

Kedua, kejayaan KXP juga akan melonjakkan reputasi kepemimpinan Sanusi yang penuh karismatik dan futuristik. Ia sekali gus berikan ancaman terbesar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk kekal di penggal seterusnya malah meranapkan sama sekali aspirasi DAP sebagai komponen utama PH.

Begitupun walau pelbagai arah serangan dan pelbagai jenis ancaman terhadap Sanusi sehingga setakat ini beliau kekal tenang menerima dan menyerap kesemua tindakan itu.

Sanusi tak usah alih perhatian'

Malah beliau sebaliknya kembali melancarkan serangan-serangan kecil sahaja tetapi membawa impak yang besar kepada lawan sehinggakan pihak lawan mati akal untuk bertindak balas.

Sanusi dengan sosok lengkap sebagai tokoh pemimpin mula mendapat perhatian rakyat bukan sahaja daripada Kedah sahaja. Malah ada penyokong daripada negeri lain mula menamakan beliau sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU16 nanti.

Begitupun Sanusi sebagai Harimau Kedah tetap kekal tenang malah merendah diri untuk tidak menamakan beliau untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah bagi penggal seterusnya sebaliknya menyerahkan urusan pelantikan jawatan kepada kepemimpinan tertinggi PAS.

Adakah semangat Harimau Terkam lambang bendera Kedah semasa Perang Musuh Bisik mula menyerap dalam diri Sanusi hanya rakyat sahaja yang mampu menilai. PRN ini medan terbaik untuk Sanusi terus bertindak sebagai Harimau Terkam.

Walaupun PRN hanyalah di enam negeri sahaja namun nama Sanusi kini kedengaran meniti dari bibir ke bibir di seluruh negara baik daripada pihak penyokong mahupun pihak lawan. Sosok Sanusi sebagai Harimau Utara mula jadi perhatian utama negara.

Baca Selanjutnya :

Bahana Video Lucah, Pelajar Sekolah Di Terajang Kawan Hingga Lumpuh

PANAS!!! : Bekas Pegawai Khas Menteri Ditahan SPRM Minta Rasuah Taraf Kerakyatan Malaysia

Terpalit Rasuah, Menteri Pengangkutan Diarahkan Bercuti Oleh Perdana Menteri?