SEORANG lelaki didakwa memperdaya seorang remaja perempuan berusia 14 tahun untuk tinggal bersamanya, dan melakukan hubungan seksual bersamanya sebanyak 24 kali.
Lelaki berusia 29 tahun itu menghadapi pertuduhan menculik kanak-kanak dan merogol mengikut undang-undang kanak-kanak bawah umur.
Ibu mangsa, mendapat tahu anak perempuannya tinggal di rumah suspek selama hampir sebulan.
Kejadian berlaku sejak April lalu di Nakhon Ratchasima di Thailand.
Pegawai dari Pertubuhan Penyelamat Kebangsaan (NRO) menemani ibu dan mangsa untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.
Mangsa mendedahkan suspek yang tinggal berdekatan, sering melawatnya, bercakap manis dan memujuknya untuk tinggal bersamanya.
Malah, suspek turut berjanji untuk menjaganya dan memintanya tinggal di rumahnya, dengan alasan keluarga remaja itu mengalami masalah kewangan.
Ibu mangsa mendapat tahu anaknya pulang ke rumah pada Mei lalu dan berusaha untuk mengatur pertunangan tetapi ditolak dan keluarga lelaki itu memaklumkan bahawa anak lelaki mereka terlalu baik untuk gadis miskin.
Susulan laporan polis yang dibuat, suspek ditahan atas beberapa kesalahan, termasuk membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dari ibu bapa atau penjaga mereka untuk tujuan tidak bermoral, dan rogol bawah umur.
Menurut laporan KhaoSod, remaja perempuan itu mengaku melakukan aktiviti seksual bersama suspek sebanyak 24 kali sepanjang berada di rumahnya, membawa kepada 24 pertuduhan berasingan.
Sebagai peringatan, perbuatan merogol dan menculik adalah salah di sisi undang-undang serta dilarang dalam Islam.
Baca : Dah bayar tunai beli kereta second hand sekali pakai tengok penuh saman berderet