[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Jit Murat waktu ditemui sudah tak bernyawa. Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad, 62, ditemui tidak bernyawa oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara, jam 2.15 petang, hari ini. Jit Murat, Jit, Murat, ditemui sudah mati, ditemui sudah tak bernyawa, pelakon pengarah, pelakon, pengarah, aktivis teater, aktivis, bukit Damansara, jit murad wife, jit murad, jit murad family, jit murad Wikipedia, jit murad Instagram, jit murad partner, jit murad death couse, jit murad fb, jit murad funeral, siapa jit murad, siapa jit murat, artis meninggal, artis meninggal dunia, artis meninggal hari ini, artis meninggal covid, artis meninggal 2021, artis meninggal 2022, berita viral tiktok, viral tiktok, isu semasa, berita hari ini, berita hangat, berita malaysia terkini, berita harian, post viral, berita Malaysia, isu semasa Malaysia, berita harian, wanita hari ini.[/bg_collapse]
Jit urat waktu ditemui sudah tak bernyawa. Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad, 62, ditemui tidak bernyawa oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara, jam 2.15 petang, hari ini.
Berita pemergian Jit atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan disahkan oleh teman baiknya, Fizar Harun kepada BH Online.
Fizar berkata, dia dan beberapa teman cuba menghubungi arwah, namun tidak berjawab.
“Jadi, saya dan beberapa teman bergegas ke kondominiumnya untuk memeriksa.
“Namun, kami menemui arwah sudah tidak bernyawa,” kata Fizar.
Fizar berkata, dia berkawan rapat dengan arwah, namun, sudah beberapa tahun tidak bertemu.
“Sehingga kini, punca kematian belum dikenal pasti. Saya dan teman-teman masih menunggu keputusan bedah siasat pihak hospital untuk mengetahuinya.
“Mengenai lokasi jenazah dikebumikan, ia terserah kepada keluarga arwah. Ia mungkin akan dimaklumkan esok,” katanya.
Terdahulu berita pemergian arwah dikongsi beberapa teman artis termasuk Puan Sri Tiara Jacquelina, Susan Lancester dan Que Haidar dalam laman sosial.
Jit adalah anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.
Allahyarham Jit Murad dikenali penulis prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan naskhah kontemporari yang meraih beberapa anugerah termasuk Anugerah Boh Cameronian.
Beliau mula bergiat aktif dalam dunia perfileman, televisyen dan pentas teater pada 1987. Antara teater popular yang ditulis dan dibintangi termasuklah Spilt Gravy On Rice pada 1995, The Storyteller (1996) dan Gold Rain and Hailstones (2002).
Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang sosiologi, pengajian bandar dan sejarah seni.
Sepanjang kerjaya, arwah disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi serta dinamik.
Arwah turut dikenali sebagai penulis prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan naskhah kontemporari yang meraih beberapa anugerah termasuk Anugerah Boh Cameronian.
Beliau pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.
Arwah pernah membintangi filem Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.
Baca:
Aksi dua katak kecil berpelukan dibawah kuntuman bunga
Murid darjah tiga dapat surat cinta berunsur ‘lucah’, bila bapa tengok terus mengamuk
Netizen tegur cara pemakaian Kak KM untuk Majlis Aqiqah, kurang sesuai