JODOH! Pengetua Tahfiz Bertunang Anak Murid Sendiri Lepas Terpikat Dengan Kecantikannya

Pengetua sekolah tahfiz terpesona dengan kecantikan anak muridnya sendiri, sah mengikat tali pertunangan

Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop hari ini.

Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.

“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.

Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.

Baca : KASIH CIKGU : Tetap Mengajar Anak Murid Dalam Kelas Walaupun Pakai Alat Pernafasan

“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.

Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.

“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Baca Selanjutnya :

PANAS! Anak ‘Dara’ Pelik Tiba-Tiba Perut Keras, Rupanya Hamil 34 Minggu Terpaksa Buat Perjanjian Dengan ‘Kakak’

PANAS! Ryzal Kerah Tenaga Isteri Demi Populariti? – Ini Pendedahan Mariam

REDHA ! ‘Gengster KL’ Pun Boleh Kalah Kalau Dengan Anak, Aaron Aziz Pasrah Di Solek Buah Hatinya