Joe Biden sebenarnya dah mati? Dah jadi trending di USA

Pada akhir bulan Julai 2024, sebuah teori konspirasi yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, telah meninggal dunia mula tersebar di media sosial.

Teori ini bermula dari pengumuman bahawa Biden positif COVID-19 dan beliau tidak hadir di hadapan orang ramai serta pengumuman yang dibuat mengenai pengunduran dari kerusi panas calon presiden 2024.

Teori ini mula lahir pada 17 Julai 2024, apabila Joe Biden disahkan positif COVID-19 semasa dalam perjalanan ke Las Vegas.

Biden dikatakan mengalami “gejala ringan” dan disebabkan itu tidak muncul di khalayak ramai selama lima hari dengan laporan menyatakan beliau sedang menjalani kuarantin di kediamannya di Delaware.

Pada 21 Julai 2024, Biden mengumumkan bahawa beliau akan mengosokan kerusi pilihan raya sebagai calon presiden 2024 melalui kenyataan rasmi yang dibuat di akaun media sosial rasmi beliau.

Namun, disebabkan dia tidak muncul di khalayak ramai selama beberapa hari dan persoalan mengenai kesahihan tandatangan Biden pada kenyataan tersebut telah mencetuskan teori bahawa Joe Biden sebenarnya dah meninggal dunia.

Teori ini mula beredar di platform media sosial, X, sebelumnya dikenali sebagai Twitter, dengan ramai netizen mengesa agar Biden membuat penampilan umum bagi membuktikan beliau masih hidup.

Pada 22 Julai 2024, pengguna X @MattWallace888 memuat naik gambar yang dihasilkan oleh AI yang menunjukkan Joe Biden dengan kapsyen “RUMORS ARE CIRCULATING THAT JOE BIDEN IS DEAD”.

Kandungan tersebut tular di media sosial dan mendapat lebih daripada 10,000 perkongsian semula serta 77,000 tanda suka dalam satu hari.

Teori ini mendapat sambutan oleh kumpulan sayap kanan di media sosial, dengan mereka mendakwa bahawa Biden mungkin telah meninggal dunia.

Pada hari yang sama, aktivis politik dan personaliti internet, Charlie Kirk, mempersoalkan garis masa kejadian tersebut dalam satu catatan yang menerima lebih daripada 18,000 perkongsian semula dan 64,000 tanda suka.

Pada hari yang sama, wakil rakyat AS, Lauren Boebert, menuntut Biden untuk membuat penampilan di hadapan orang ramai bagi membuktikan bahawa beliau masih hidup.

Mesej gesaan itu pun tular dan mendapat lebih daripada 4,400 perkongsian semula serta 26,000 tanda suka di X.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kandungan yang menyentuh mengenai teori ini yang tular di media sosial sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Walaupun teori konspirasi kelihatan tidak masuk akal kepada sesetengah pihak, tetapi ia menjadi perbincangan buat netizen di media sosial.

Baca : Leka main telefon sampai leka sumbat anak dalam peti ais, dah lama baru sedar