Johor, Sabah amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya

Johor, Sabah amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7 malam ini, daerah yang terbabit di Johor ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) dan Kudat (Pitas and Kudat).

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak dan Muar); Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak manakala di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Sandakan (Tongod).

BACA JUGA:

Berjaya turunkan berat badan berlebihan, Regine Wong jadi jurulatih popular di TikTok

ILantik doktor kontrak melalui sistem pemarkahan

Mayat wanita ditemui disungai, dipercayai terjun ke sungai ketika larikan diri

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Johor, Sabah amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya […]

  • […] Johor, Sabah amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya […]