Jom kenal korang pengembara atau pelancong

Tanpa kita sedari, hujung tahun telah tiba. Banyak yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama orang yang tersayang, memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan dan menghilangkan stres serta menenangkan fikiran.

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk menikmati percutian mereka, dan jenis ‘Pengembara’ atau ‘Pelancong’ dapat dikenal pasti melalui jawapan dalam kuiz di bawah.

Bagaimanapun, penting untuk memastikan keperluan lengkap disiapkan agar percutian tidak terganggu, tidak kira dengan siapa bercuti.

Jom kenal korang pengembara atau pelancong

Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk memudahkan persediaan percutian:

1. Lakukan penyelidikan tentang tempat percutian, termasuk makanan, budaya, tiket masuk, dan lain-lain.

2. Tempah tiket penerbangan dan penginapan dengan awal, terutama semasa promosi berlangsung.

3. Sediakan itinerari untuk memastikan kelancaran perjalanan. Anda boleh merujuk kepada contoh itinerari di laman web atau media sosial.

4. Jika destinasi memiliki empat musim, pilih musim yang diinginkan dan sediakan pakaian yang sesuai. Misalnya, jaket musim sejuk untuk musim sejuk, dan topi serta losyen matahari untuk musim panas.

5. Bawa makanan dalam tin atau pek, terutama jika dijangka sukar mendapatkan makanan halal. Jangan lupa membawa ubat yang diperlukan.

6. Pastikan ada insurans perjalanan untuk melindungi diri daripada kejadian yang tidak diingini semasa bercuti.

7. Bawa dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang, kad debit/kredit, dan wang tunai secukupnya.

Meskipun percutian mungkin membawa kepada perbelanjaan tambahan, ini adalah peluang untuk berseronok sepuasnya, termasuk food hunting, shopping, dan melawat tempat menarik serta menginap di penginapan yang terbaik.

Baca Juga : Adegan bercium tapi berlapik undang teguran orang ramai, Yusry bertanggungjawab