Jual 2 rumah, habiskan RM 300000, Shamsul Ghau Ghau nak jadi Ustaz

Pendakwah dan selebriti Shamsul Ghau Ghau mendedahkan bahawa dia menghilangkan diri daripada industri seni selama 10 tahun untuk memberi tumpuan kepada pengajian al-Quran dengan matlamat mendapatkan sijil tauliah sebagai penceramah.

Shamsul berkongsi bahawa tempoh tersebut adalah pengalaman yang mencabar, dan dia mengakui bahawa tidak mudah untuk memperoleh sijil pentauliahan.

“Saya hilang pekerjaan dan tidak mendapat tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.

Jual 2 rumah, habiskan RM 300000, Shamsul Ghau Ghau nak jadi Ustaz

Saya mendapat tawaran untuk belajar al-Quran di Mesir, tetapi saya menahan hasrat tersebut kerana anak saya masih belajar dan ada yang mengambil SPM.”

“Tujuan saya mendapatkan tauliah bukan untuk riak, tetapi untuk membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh mempelajari al-Quran tanpa mengira had umur, dengan fokus sebagai faktor utama.”

“Memperoleh tauliah bukanlah perkara yang mudah. Ia melibatkan dua ujian dan tempoh penilaian selama setahun. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan yang lama.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada sekarang, saya kembali dalam industri. Anak-anak saya semakin besar, dan saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup.”

Shamsul berkongsi pengalaman ini semasa ditemui di separuh akhir Pentas Marhaban di TV Alhijrah.

Beliau juga mendedahkan bahawa sepanjang tempoh 10 tahun tersebut, beliau menggunakan semua wang simpanan dan menjual aset miliknya untuk menampung kos sara hidup keluarganya.

“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran, duit simpanan saya yang berjumlah RM300,000 telah habis saya gunakan.

Saya juga terpaksa menjual dua buah rumah, salah satunya kondominium, serta kereta dan motor untuk menampung kehidupan keluarga.”

Apabila ditanya mengenai keajaiban yang berlaku, Shamsul menyatakan bahawa al-Quran adalah jawapan kepada semua masalah.

“Sudah pasti ada keajaiban semasa dan selepas saya menuntut ilmu al-Quran. Dulu, saya mungkin akan bercerita pada orang ketika berasa sedih, tetapi sebenarnya Allah menanti kita mencarinya.

Allah akan menjawab melalui gerak hati dan memberikan laluan yang diberkati.

Itulah yang saya alami, Allah memudahkan segala urusan saya walaupun dalam keadaan kesukaran. Alhamdulillah.”

Pentas Marhaban, yang disiarkan setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah, dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.

Baca Juga : Tak sangka filem ini yang paling tercorot, ini senarai filem terbaik tercorot 2023