Jualan air balang tengah laku keras, tiba-tiba kena halau balik

Jualan air balang tengah laku keras, tiba-tiba kena halau balik

Jualan air balang tengah laku keras, tiba-tiba kena halau balik. KU sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Peribahasa ini mungkin sesuai untuk menggambarkan nasib tiga lelaki ini apabila bisnes minuman yang baru bermula terpaksa dihentikan operasinya.

Menurut Mohd Akmal Shahmi Nordin, 22, dia dan dua lagi sahabat baiknya memulakan bisnes jualan air berperisa coklat di tepi jalan di Cameron Highlands, Pahang pada 4 Mac lalu.

“Kami berniaga ni sebenarnya cadangan daripada kawan yang berasal dari Cameron Highlands.

“Sekarang musim cuti jadi memang jalan dekat kawasan sana sesak teruk tambah pula cuaca sangat panas. Tapi dekat tepi-tepi jalan tu tak ada peniaga-peniaga kecil jual air.

Jualan air balang tengah laku keras, tiba-tiba kena halau balik

“Jadi saya dah dua orang kawan pun nak cuba jual air coklat. Sambil-sambil tolong hilangkan kehausan orang yang tersangkut dalam kesesakan,” jelasnya yang mesra disapa Mie.

Menurut Mie yang berasal dari Ipoh, Perak, mereka bertolak ke Cameron Highlands dari Ipoh untuk berniaga di sana.

Dia yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kilang elektronik di Klebang, Ipoh berkata dalam hanya masa tiga jam berniaga, air coklat sebanyak tiga balang besar berjaya dijual bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Melihat kepada hasil yang berjaya diperoleh mereka pada hari pertama, Mie dan rakan-rakan meneruskan perniagaan itu untuk hari kedua.

Tiga orang sahabat ini datang dari Ipoh untuk jual air di Cameron Highland.

Namun, belum sempat menghabiskan jualan untuk balang ketiga, mereka telah didatangi pihak berkuasa meminta mengosongkan tapak yang sedang mereka berniaga.

“Masa tengah jual air tu ada pihak berkuasa datang suruh kami kosongkan tempat tu sebab ada orang buat aduan. Kami akui kesalahan sebab lakukan urusan perniagaan tak ikut spesifikasi majlis iaitu tak ada lesen atau tapak perniagaan betul.

“Kami memang tak pernah jual air sebelum ni cuma kami ambil risiko sebab nak seronok-seronok enjoy momen kami bertiga sebagai sahabat baik je.

Mula-mula video tu viral pun bukan niat kami nak jadikan itu ‘marketing’ air kami jual. Sekiranya diberi peluang daripada pihak berkuasa benarkan buka tapak, kami sedia untuk teruskan bisnes air coklat ni dekat Cameron Highlands.

“Apa-apa pun memang kami terharu dengan budi bahasa anggota majlis yang sangat beradab masa bagi arahan suruh kami tutup gerai tu dan minta kami buat permohonan lesen perniagaan,” jelas Mie.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, ramai yang memberikan kata-kata semangat agar Mie dan rakan-rakannya teruskan usaha murni menjalankan perniagaan menjual air ini.

Mie berniaga air berperisa coklat di tepi jalan Cameron Highlands.

“Mula-mula video tu viral pun bukan niat kami nak jadikan itu ‘marketing’ air kami jual. Sekiranya diberi peluang daripada pihak berkuasa benarkan buka tapak, kami sedia untuk teruskan bisnes air coklat ni dekat Cameron Highlands.

“Banyak yang berikan kami pesanan dan komen positif dekat video tu. Hala tuju kami lepas ni memang nak buka bisnes kecil-kecilan bersama dekat Klebang. Kami akan jual makanan-makanan Thailand dan air teh ais berharga 50 sen di sana,” ujar Mie.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

BACA:

Jawatan kosong kerani seluruh Malaysia, ini cara mohon

Nora Danish ‘bergaduh’ dengan Puteri Zarith, rupanya ini yanng terjadi

Adik bongsu Sharifah Amani bengang dan maki netizen, puncanya bikin netizen panas