Nama influencer dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming sememangnya sudah dikenali ramai sehingga berjaya memenangi TikTok Award 2023 dalam kategori Creator Of The Year.
Terbaru, pemuda berusia 30 tahun itu telah berkongsi perkembangan terbaru produk sambal yang dikeluarkannya memandangkan sudah dua tahun lapan bulan ia berada dipasaran.
Bercerita lanjut berkenaan produk yang diberi nama Sambal Nyet itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa jumlah sambal yang telah berjaya dijual adalah sebanyak 2.4 juta botol bersamaan dengan RM33.5 juta.
Dia juga memaklumkan yang proses pembuatan dan pembungkusan produk juga banyak dijalankan secara auto dengan adanya mesin-mesin yang memudahkan kedua-dua proses berkenaan.
Tambah Khairul Aming, setiap feedback dari pelanggan berkenaan produknya juga diambil kira dan telahpun menambah baik segala aspek.
Jelasnya lagi, dua kilang yang memproses pembuatan sambalnya kini sedang berjalan dengan baik dan dalam perancangan untuk menjadikan jualan sambal 100, 000 botol sehari berbanding sekarang iaitu terjual 70,000 botol sehari.
@khairulaming Jualan Sambal Nyet dah mencecah 2.4 juta botol iaitu bersamaan dgn jualan sebanyak Rm 33.5 juta ringgit. Sekarang production dah dinaikkan ke 7,000 botol sehari dan jualan juga dikembangkan ke live commerce. Terima kasih kepada anda semua yang support kita dari 3 tahun yang lepas 🥺🙏🏻 #makanlokal #foodfestontiktok #TikTokShop99ShoppingFiesta ♬ Dream Away – Ramol
Menurutnya, kedua-dua kilang yang terletak di Kelantan sudah beroperasi sepenuhnya walaupun masih berlaku renovation kerana mereka sedang bersedia untuk memasuki fasa ketiga iaitu automation.
Bila orang ada ilmu berniaga
Perkongsian yang jelas berkenaan produk keluarannya telah mendapat pujian ramai kerana begitu jelas menunjukkan cara berniaga dan perkembangan yang berlaku dalam pengeluaran tersebut.
Ujar warganet, tindakan itu membuktikan bahawa pentingnya ilmu dalam berniaga dan selaras dengan apa yang diucapkan Khairul Aming sewaktu menjulang trofi Creator Of The Year apabila meminta anak-anak muda untuk tidak mengabaikan pelajaran jika mahu bergelar influencer ataupun kekal relevan dalam industri berkenaan.
Baca Selanjutnya :