Kalau dah confident, Mak Andam tunjuk skill sekali ini yang jadi. Setiap pengantin sudah tentu mahukan penampilan yang cantik ketika majlis perkahwinan berlangsung
Oleh sebab itu, ramai yang dilihat mengupah make up artist untuk merias wajah mereka supaya dapat tampil lebih cantik dan ayu. Namun, pemilihan pakar merias wajah juga perlulah berhati-hati kerana takut hasilnya akan jadi lain.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pengantin dilihat mukanya berubah menjadi warna silver setelah dirias wajahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat vidoe penuh itu di bawah:
https://w ww.tiktok.com/@dierakhanza/video/7080544218371984666?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=7080544218371984666&refer=embed
Rela tadah muka, tapi akhirnya muka jadi silver
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan sedang menyiapkan dirinya untuk dirias wajahnya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mak andam itu merias wajah pengantin dengan yakin. Namun, hasilnya memang mengecewakan kerana tona muka pengantin tidak sama dengan foundation. Disebabkan itu, warna wajah pengantin itu kelihatan lebih gelap dan ke arah warna silver.
“Jangan gelak sangat la. Mak-mak kita dulu makeup macam tu akibat kekurangan bahan” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5.6M tontonan, 210K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dan terhibur melihat pengantin itu.
BACA:
Lelaki diperkosa kerana gagal bayar hutang
Pakaian penuh tahi lalat, ikuti 5 kaedah ini pasti hilang dengan mudah
Ibu bapa berhabis RM30,000 ganti patung Teletubbies dipecahkan anak