Kalau orang tahu khasiatnya pasti berebut, ‘Air Timun Selasih’

Apabila cuaca panas melanda, keinginan untuk menikmati minuman sejuk sememangnya tak terelakkan.

Selain dari air kosong yang biasa diminum, ada satu pilihan yang menarik untuk dicuba – air timun selasih.

Minuman ini bukan sahaja menyegarkan tetapi juga sangat mudah dan ringkas untuk disediakan oleh sesiapa sahaja.

Kalau orang tahu khasiatnya pasti berebut, 'Air Timun Selasih'

Antara bahan utama yang diperlukan termasuk serbuk agar-agar, timun, selasih, bahan perasa, dan beberapa lagi bahan yang senang didapati.

Resipi air timun selasih ini pasti dapat memberikan rasa yang menyegarkan.

Jadi, untuk mereka yang berminat mencuba, mari ikuti resipi lengkap untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

RESEPI AIR TIMUN SELASIH

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 1/2 peket serbuk jelly kosong
– 1/2 peket agar-agar kosong
– 100 gram gula
– 450ml air
– 250 gram timun batang (kupas kulit dan parut)
– 1 sudu makan selasih (rendam air panas)
– Perasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaian
– Ais

Cara penyediaan:

1. Masak serbuk jelly, agar-agar, gula, dan air sehingga mendidih. Setelah itu, sejukkan dan biarkan ia mengeras. Apabila sudah mengeras, parut agar-agar tersebut.

2. Campurkan agar-agar yang sudah diparut dengan bahan-bahan lain.

3. Sedia untuk dihidangkan, jadi selamat mencuba!

Baca Juga : Netizen belasah lelaki Jepun hentam makanan Malaysia