Anggur merupakan salah satu buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia, selain mempunyai rasa manis dan sedikit masam, ia juga diketahui memberikan pelbagai manfaat kesihatan berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan.
Menurut portal Hellodoktor, anggur dikenali sebagai buah yang kaya dengan nutrien, antioksidan, dan fitonutrien resveratrol yang bermanfaat untuk kesihatan jantung.
Namun demikian, kebanyakan dari kita lebih cenderung menyukai anggur tanpa biji, sehingga sanggup membayar lebih mahal untuk anggur seedless berbanding dengan yang mengandungi biji.
Tahukah anda bahawa sebenarnya, anggur yang mengandungi biji lebih berkhasiat berbanding anggur seedless?
Salah satu manfaat biji anggur dipercayai dapat mengurangkan masalah pigmentasi kulit.
Ini kerana biji anggur mengandungi fitokimia seperti asid Gallic, catechin, dan epicatechin yang kaya dengan antioksida.
Berikut adalah beberapa manfaat biji anggur seperti yang dikongsikan oleh bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI, Dr Suri Roowi:
1) Kajian menunjukkan bahawa ekstrak biji anggur membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, menegangkan kulit, melambatkan penuaan, membantu masalah buah pinggang, bersifat anti-diabetik, anti-kolesterol, anti-tumor, dan membantu mengurangkan risiko kanser.
2) Kajian saintis Jepun menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak biji anggur dapat mengurangkan pigmentasi kulit dalam masa satu tahun.
3) Kajian saintis lain pada tahun 2012 mendapati bahawa ekstrak biji anggur dapat mengurangkan pigmentasi kulit dengan merencatkan enzim tyrosinase, dan ia lebih berkesan berbanding ekstrak kulit anggur.
4) Mengingatkan struktur kimianya yang agak besar, disarankan untuk mengambil ekstrak biji anggur bersama-sama dengan madu dan sumber serat tinggi agar pemecahan dan penyerapan bahan berkhasiat dapat berjalan dengan lebih lancar.
Baca Juga : Ini senarai 7 filem yang musnahkan rumahtangga pelakon popular