‘Kami nak masak pun sebenarnya tak sempat’ luah ibu berkerjaya

Kesibukan mencari rezeki sering dijadikan alasan utama oleh ibu bapa yang sukar meluangkan masa bersama keluarga terutama anak-anak.

Kehidupan di era teknologi menyebabkan anak-anak cenderung lebih banyak menghabiskan masa dengan peranti dan gajet mereka sendiri, mengurangkan interaksi dua hala bersama keluarga.

Baru-baru ini, cerita mengenai seorang wanita yang meluahkan kesedihannya kerana tidak dapat memasak untuk anak-anaknya disebabkan kesibukan bekerja menjadi perbualan hangat di media sosial.

'Kami nak masak pun sebenarnya tak sempat' luah ibu berkerjaya

 

Ramai yang mengutarakan pendapat bahawa ikatan kemesraan sukar dilakukan oleh ibu bapa bekerja berbanding suri rumah sepenuh masa yang sentiasa meluangkan masa serta memasak untuk keluarga.

Bagi seorang wanita, alasan kesibukan bukanlah halangan untuk menjadi ibu yang baik. Dia menegaskan bahawa memasak bukanlah ukuran utama bagi seseorang untuk menjadi ibu yang baik.

Baginya, terdapat pelbagai cara lain untuk mengukuhkan hubungan mesra dalam keluarga, seperti menetapkan masa untuk makan bersama pada hari cuti dan meluangkan waktu untuk aktiviti bersama.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakan bersetuju dengan pandangannya.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman membesar tanpa ‘air tangan’ seorang ibu disebabkan kesibukan bekerja.

Selain itu, segelintir netizen turut berkongsi beberapa tip untuk ibu berkerja agar dapat meluangkan masa bersama anak-anak serta mengurangkan kebergantungan pada gajet.

Baca Juga : Ini cara masak Bayam Bijan Korea sebiji macam dalam K-Drama