KANTOI : Staf Universiti Buat Adegan Tak Senonoh Dengan Pasangan Dalam Bilik Profesor

Tindakan sepasang kekasih yang tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh di ruang menyimpan dokumen menjadi tular di media sosial.

Mana tidaknya, mereka yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi melakukan perbuatan tersebut pada waktu siang.

Difahamkan ruangan tersebut merupakan tempat penyimpanan dokumen seorang profesor di sebuah universiti di Kunming, China.

Perbuatan mereka terbongkar selepas sekumpulan pelajar pergi ke ruangan tersebut pada waktu petang untuk mencari bahan pengajian.

Namun mereka tidak dapat memasukinya kerana telah dikunci dari dalam sedangkan penjaga bilik tersebut sedang bercuti.

Disebabkan ingin mengetahui lanjut, salah seorang daripada mereka merekod keadaan di dalam bilik tersebut menggunakan telefon sebelum mendapati terdapat pasangan kekasih di dalamnya.

Berdasarkan video tular, pasangan berkenaan sedang melakukan hubungan intim dan dikejutkan dengan ketukan pintu.

Pun begitu, perbuatan yang telah dirakam oleh sekumpulan pelajar itu disebarkan di laman sosial

Baca Selanjutnya :