Kapal OPV Maritim Malaysia terima nasib yang sama seperti Kapal TLDM LCS?

Status kapal OPV Maritim Malaysia pula jadi tanda tanya.

Selepas negara dikejutkan dengan kontroversi skandal kapal TLDM (LCS).

Kini timbul tanda tanya mengenai status tiga kapal peronda persisr pantai (OPV) Maritim Malaysia.

Difahamkan, Maritim Malaysia sepatutnya menerima sebuah kapal OPV pada bulan ini setelah kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy Engineering untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

Berdasarkan laporan Jun lalu, Maritim Malaysia memaklumkan agensi itu tidak menerima kapal OPV ekoran beberapa masalah tertentu.

Walau bagaimanapun KDN dengan yakin memberi jaminan bahawa agensi itu akan menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal OPV pada tahun ini.

Aduhai adakah kapal OPV senasib dengan kapal-kapal LCS?

@iyeker_ Gempar! Status kapal OPV Maritim pula jadi isu #SkandalkapalTLDM #TLDM #lcs #maritim ♬ Epic Inspiration – AShamaluevMusic

BACA JUGA :  

Skandal kapal TLDM LCS, fakta-fakta yang disembunyikan najib

Duit projek kapal LCS digunakan untuk bayar hutang lapuk projek lama

Dedah dokumen kapal LCS mungkin jejas rahsia negara – Presiden Umno