Beberapa anggota pasukan penyelamat dituduh terlibat dalam pencurian wang tunai berjumlah £1,000,000 (RM6.01 juta) dari pesawat ambulans yang mengalami kemalangan di kawasan pergunungan Afghanistan baru-baru ini.
Menurut laporan Akhbar Metro UK, pesawat Falcon 10 itu membawa seorang wanita yang sangat sakit, Anna Evsyukova, 59, dari Thailand menuju ke Moscow sebelum terhempas pada 20 Januari lalu.
Anna dan suaminya, Anatoly Evsyukov, seorang jutawan, melakukan perjalanan ke Thailand tetapi dia jatuh sakit tidak lama selepas tiba pada Disember 2023.
Pasangan suami isteri itu dikatakan terbunuh dalam kemalangan tersebut, tetapi dua juruterbang dan dua pegawai perubatan yang berada di dalam pesawat itu dilaporkan selamat.
Salah seorang pegawai perubatan, Igor Syvorotkin, 26, kemudian berjalan ke kampung berdekatan dan menggunakan isyarat bahasa untuk meminta bantuan.
Kumpulan penyelamat pertama yang tiba di lokasi kemalangan dikaitkan dengan Ketua Staf Angkatan Tentera Taliban, Qari Fasihuddin Fitrat.
Kehilangan wang tunai sebanyak £945,000 (RM5.69 juta) tersebut dilaporkan oleh akhbar harian Afghanistan, Hasht-e Subh.
“Sumber yang boleh dipercayai memberitahu bahawa susulan daripada kehilangan wang, gabenor wilayah Badakhshan, Mohammad Ayub Ayub Khalis, telah melantik satu suruhanjaya untuk mengumpul bukti dan menyiasat kes itu atas arahan Timbalan Perdana Menteri, Mohammad Hasan Akhund,” demikian laporan tersebut.
Tidak jelas kepunyaan wang tunai itu dan alasan mengapa ia dibawa di dalam pesawat ambulans tersebut.
Baca Juga : Wanita ini ajar pratikal 7 peraturan untuk ibu kemas rumah ada anak kecil