Kawah ‘mulut ke neraka’ didapati semakin melebar

Kawah ‘mulut ke neraka’ didapati semakin melebar. Penduduk sebuah bandar di Siberia mengesan sebuah kawah gergasi yang semakin melebar dan kelihatan seolah-olah ‘menyedut’ semua yang berada di sekitarnya, lapor laman berita LadBible.

Terletak di bandar Batagay, Yakutia, kawah digelar ‘mulut ke neraka’ itu dipercayai penduduk setempat sebagai pintu masuk ke alam lain.

Keluasan kawah tersebut mula diukur pada tahun 1980-an dan sehingga kini, ia mempunyai panjang kira-kira 1 kilometer dan sedalam 86 meter.

Para saintis percaya bahawa keadaan bentuk muka bumi itu terjadi akibat tanah permafros yang cair, yang telah beku ketika Zaman Ais Kuarter, kira-kira 2.58 juta tahun lalu, lapor akhbar The Daily Mirror.

Apabila kawasan hutan itu ditebang pada tahun 1960-an, sinaran matahari mengenai tanah lalu memanaskan bahagian tersebut.

Kawah 'mulut ke neraka' didapati semakin melebar

Ais di dalam tanah mula mencair dan ia menyebabkan tanah menjadi padat, ‘mengecut’ dan tenggelam.

Saintis-saintis meramalkan lebih banyak keadaan ‘mulut ke neraka’ akan terjadi di seluruh dunia disebabkan kesan pemanasan global. – AGENSI

BACA:

Kereta elektrik keluaran Proton dijangka berada di pasaran 2023

Harga barangan makin naik, rakyat mengadu di media sosial Dafi.. Minta pesan ke ayah

Industri sawit negara kerugian RM28 bilion, ini puncanya…